As'salamualaikum ,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :" Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap . Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau (Syak Perawi Hadis) Seseorang yang masih menjadi kafir . Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia "[H.R.MUSLIM]
KETERANGAN :
Hadis ini menerangan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman . Seseorang yang beriman di waktu pagi , tiba-tiba dia menjadi fakir di waktu petang . Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang , tiba-tiba pada esok paginya menjadi kafir . Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku . Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja , sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit harta benda dunia . Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman .
Dan menurut riwayat Ibnu Majah , beliau menambahkan ,"Kecuali orang yang hatinya dihidupkan ALLAH s.w.t dengan ilmu . Mudah-mudahan ALLAH s.w.t menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya , sehingga dengan itu ALLAH s.w.t akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini" .
Ujian dahsyat terhadap iman ,
Hampir menggoncang asas pengangan ,Di pagi petang kiri kanan ,Iman di dada jangan lepaskan .Jangan dijual agama suci ,Walaupun harga mahal sekali ,Simpanlah ia di sanubari ,Untuk bekalan menuju mati .
Sumber : Buku berjudul 'Sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini' . Penulis Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman .
p/s : Semoga saya dan kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH . Amin .
2 comments:
salam. fatin, buku yang awak tulis tu best x? publisher ape?
Wa'alaikumussalam , buku yg judul ni publisher dia WJSB resources . Ia best , mmg sesuai utk masa kini punya .
Post a Comment