Angau hero korea

As'salamualaikum ,  

Alhamdulillah , dengan izin ALLAH yang MAHA PENGAMPUN masih mempertemukan kita lagi . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan sahabat handai baginda . 

Saya melihat kegilaa kepada artis Korea ini majoritinya lebih diminati golongan wanita . Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer , namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita . Malah , ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar artis Korea mereka di muka depan Facebook , Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah . 

" Apakah sebenarnya yang yang membuatkan perempuan semua tergilakan hero Korea ini ? " 


Saya cuba menguji pelajar wanita di hadapan saya . " Hero Korea handsome dan comel !! " . 

"  Bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki hansome ? "  

Sengaja soalan cepumas saya lontarkan .

" Kami perempuan tak pe ustaz bila tengok lelaki . Lainlah lelaki yang wajib menundukkan pandangan sebab lelaki lebih mudah tergoda bila melihat wanita !! "  

Saya cuba berbincang dengan demikian . Benarkah kenyataan demikian ?

Mari kita korek semula daripada sumber agama . Memang benar terdapat ayat suruhan menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke-30 . Saya juga sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata terpandang wanita . 

Namun jangan kita lupa akan sambungan ayat berikutnya . ALLAH juga sebenarnya menyuruh wanita juga wajib menundukkan pandangan mereka . 

Di dalam surah an-Nur , ayat ke-31 bermaksud : 

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka "  

Ini jelas membuktikan bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki dan wanita 

Ayat ini telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononya , 'wanita tidak mengapa , tetapi lelaki tidak boleh' . Sudah semestinya dakwaan bahawa 'wanita tidak akan tergoda jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak . Secara tidak langsung al-Quran menjawab kepada kita tanpa menbezakan gender dengan satu keputusan bahawa 'lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka !!!' . 

Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini . Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf AS bersama wanita yang menggodanya . Ketika Nabi Yusuf AS melihat wanita tersebut yang sangat rupawan , lalu beliau ghad al-bashar (menundukkan pandangan) . Daripada pandangan itu , beliau langsung tidak terpengaruh untuk terus melayan perasaan melihat wanita tersebut . Bahkan hatinya mula melupakan wanita yang menggoda Nabi Yusuf AS .  

Berbeza pula dengan wanita tersebut . Wanita tersebut melihat Nabi Yusuf AS dengan penuh perhatian . Ketampanan Nabi Yusuf AS memukau kelopak mata daripada terus berkelip . Akhirnya dengan pandangan seorang wanita , munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak baju Nabi Yusuf AS .  

Artikel ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' dan profile facebook , twitter dengan gambar-gambar pokok dan batu semata-mata . Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea . Tetapi , ianya sekadar renungan pembawa gelora , tanpa membezakan sebarang jantina .  




SUMBER : Majalah Dara edisi Januari 2012 oleh penulis Imam Muda Muhammad Asyraf Bin Ridzuan m/s 87


p/s : Semoga bermanaaf . Saya ambil sebahagian daripada artikel yang ditulis oleh beliau . Moga kita ambil pengajaran dan dapat menjaga pandangan pemberian ALLAH YANG MAHA ESA . Wallahualam .

7 comments:

Shazleen said...

korea .. huhuhu
no comment , :)

Shazleen said...

korea.. huhuhu
no coment.. :)

Shazleen said...

korea.. huhuhu
no comment :)

Shazleen said...

korea.. huhuhu
no comment :)

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Wa'alaikumussalam , semoga bermanafaat

qilaaa said...

assalamualaikum, sangat bermanfaat. hee, kadang kala bila tengok korean movie ada juga terlinatas perkataan persis diatas. Tapi lepas bace post nie, astaghfirullah. Terima kasih atas peringatan bersama, moga memberi kesedaran kepda yang lain. ^_^

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Wa'alaikumussalam , InsyaALLAH aqilah (:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !