Adab menggunakan telefon

As'salamualaikum , 

" Hello ! Kat mana ? Dah lama aku tunggu ni . Cepat la ! Ok , daa ~ "

Saat ini telefon bukan lagi barang mewah , bukan pula menjadi keperluan sekunder bagi kebanyakkan orang . Telefon sudah semestinya sudah menjadi keperluan primer . Tetapi dalam kemudahan yang diperolehi , tanpa kita sedari masih tersembunyi ada penggunaannya yang perlu kita ketahui . Jadi , bagaimanakah tuntunan Islam dalam penggunaan telefon ?  



CARA BUAT PANGGILAN 


(1) Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai . Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihunbungi seperti pada waktu tengah malam . Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas . Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan mengganggunya untuk berehat . 

(2) Apabila panggilan anda telah dijawab , berikan ucapan As'salamualaikum dan  nama ada terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin hubungi . 

(3) Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon . Jika ini berlaku , pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon . 

(4) Jika bercakap , bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa yang anda cakapkan .  

(5) Pastikan anda berkata perkara yang perlu dan tidak menyimpang . Tidak hanya untuk berbual kosong  kerana dikhuatiri si penjawab mempunyai hal atau aktiviti lain yang perlu diuruskan . 

(6) Jika anda menghubungi seseorang yang bekerja , pastikan anda tidak menghubungi ketika hampir habis waktu kerjanya . Ini akan mengganggu si penjawab berkemas-kemas untuk pulang . 




 
TIP JAWAB TELEFON DENGAN BERADAB  



~ Jawab panggilan telefon dengan memberi salam ataupun sapaan yang sopan . 

~ Jangan sesekali menjawab panggilan dengan nada dan suara yang kasar . Ini seolah-olah anda berada dalam keadaan marah . 

~ Bagi wanita , jangan menggunakan nada suara yang lembut seakan-akan menggoda . Dikhuatiri si pemanggil akan berfikiran lain . 



ADAB MENGGUNAKAN TELEFON  


Paling utama , telefon adalah keperluan untuk menghubungi seseorang untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya . Adalah dilarang jika telefon digunakan untuk keperluan yang negatif seperti untuk melepaskan keperluan nafsu , untuk mengundang bencana , menyebar fitnah dan sesuatu yang ke arah perkara dosa dan buruk .  

SUMBER : Majalah Dara edisi Januari 2012 oleh penulis Norlozaini Mohd Ali m/s 81  


p/s : Semoga bermanaaf . InsyaALLAH . Amin . Wallahualam .








No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !