Lesen

As'salamualaikum ,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat lagi berjumpa di laman sesawang ini . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terunggul serta keluarga dan sahabat handai Baginda . Amin .

Selamat pagi -,- . Okay , saya faham sekarang memang jam sudah menunjukkan 1:22 A.M . Waktu rehat untuk manusia setelah penat bekerja dan melakukan aktiviti harian di pagi hari . Seperti saya 'lepasan SPM' memang tak sangka kot kalau cuti lepasan SPM sebenarnya macam ni . Huhu :O . Waktu masih dalam suasana & bau-bau SPM mesti fikir lepas ni nak buat apa kan ? 

Pelbagai perkara berfaedah boleh dilakukan setelah selesai Peperiksaan SPM . Kebanyakkan dan rata-rata mesti ambil lesen , kerja sambilan di mana-mana tempat kerja kosong dan waktu tu juga banyak tawaran kerja kosong yang ada . Apa lagi tak lama lagi akan memasuki 2012 , InsyaALLAH . Sekolah juga akan dibuka semula untuk adik-adik kita menyambung pelajaran mereka dan umur juga sudah bertambah dan kelas pun ada yang dah tukar . Wahh , tepuk-tepuk kepada yang dah naik kelas ya ! Kepada semua jugalah (; .

Saya sekarang baru ambil undang-undang . Okay , ceramah 9 jam pada hari ini . Perlu sampai kat situ pukul 8.00 A.M . Harap cepat-cepat dapat lesen P ! Okay study study lahh . Buku dah bagi jangan jadikan ia perhiasan sahaja dalam beg . Hehe .



Pesan ayah : "Akak , biar kita tunggu dia , bukan dia yang tunggu kita" 

Itu maksudnya , kita perlu disiplin dalam segala hal . Nak kerja teratur tak ? Kalau nak kenalah ikut prosedur . Tak nak pening kepala . Just fikir , mana satu yang penting . Kalau kita fikir dengan serius , InsyaALLAH kita dapat bezakan apa yang sebenarnya perlu kita lakukan dulu . Ya , manusia memang tak sempurna tapi ALLAH suka hamba-Nya yang sentiasa memperbaiki dirinya ke arah yang baik . 

" Sakit boleh sembuh dengan ubat-ubatan tapi masa tidak boleh diganti dengan apa-apa jika kita terlepas begitu sahaja " 

Nak cerita di sini , urus masa . Apa lagi saya ni juga . Saya pun harus urus masa . Saya mengaku -,- . Nak dikatakan , waktu dengar ceramah tadi oleh penceramah Encik Omar . Beliau sudah 12 tahun dalam bidang ini jadi memang pakarlah kan ?? . Disebabkan masanya 9 jam , "  lawak-lawak orang tua adalah " kata Encik Omar pada kami tadi . Hehe , lawak juga ada adab . Islam tak halang untuk kita berlawak tapi biar lawak yang benar ! Maksudnya , lawak yang berunsur penipuan tidak boleh . Jangan ya sesekali ya kawan-kawan . Rasulullah S.A.W amat tegaskan sekali walaupun dalam lawak untuk menggelakkan orang . 



" Tidak rugi jujur walaupun pahit kerana akhirnya pasti manis " 

ALLAH MAHA MENGETAHUI . 

p/s : Okay , best tau dapat kawan-kawan baru . Dia orang baik-baik sangat . Bila berjumpa ucaplah as'salamualaikum dan bersalaman (sama jantina) . Semoga ukhuwah kita berkekalan ya sahabat semua . Saya sayang anda semua  . Maafkan salah silap saya selama menulis coretan ini . Ada salah silap tegurlah dan nasihatilah saya . InsyaALLAH . Wallahualam .



No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !