Ingatkan diri dengan Syurga


As'salamualaikum . .

Jika anda menderita kelaparan , kekurangan , kesedihan , menderitai penyakit yang tidak kunjung sembuh , selalu mengalami kerugian , dizalimi maka ingatkanlah diri anda pada kenikmatan syurga yang kekal abadi . Sekiranya anda benar-benar meyakini 'jalan' ini dan mengamalkannya , nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat

Manusia yang paling berakal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat dengan menyakini bahawa akhirat itu jauh lebih baik dan kekal abadi . Sebaliknya , manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memangdang dunia ini sebagai tempat mereka , rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka .

Manusia yang berfikiran sedemikian , adalah orang yang paling sedih ketika mengahadapi sesutau musibah dan orang yang paling menyesal ketika ditimpa sesuatu bencana . Itu semua , hanyalah kerana mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini . Mereka tidak pernah memikirkan hal yang lain , selain kepentingan dunia , tidak melakukan sesuatu  kecuali hanya untuk dunia . Bahkan , mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan diusik .

Sebaliknya , sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu , nescaya mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi yakni akhirat , pelbagai kenikmatan yang akan diperolehi di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang indah . Mereka juga akan sentiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Ilahi tentang gambaran keindahan akhirat . Dan sesungguhnya demi Allah akhirat itulah sebenar-benarnya tempat kembali (rumah) yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang keras untuk meraihnya .

Pernahkah kita merenungkan secara mendalam tentang keadaan para penghuni syurga yang tidak pernah sakit , tidak pernah bersedih hati , tidak mati , sentiasa muda dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikit pun ? Pernahkah kita benar-benar menghayati wahyu Ilahi yang menyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalam terlihat daripada luar ? Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Ilahi yang menyatakan bahawa di syurga terdapat sebuah hal yang tidak pernah terlihat oleh mata . SubhanaAllah .

Apabila fikiran tercurah pada kebahagiaan akhirat , tentu segala musibah akan terasa ringan dipikul , air mata yang menitis dari orang yang ditimpa bencana dengan sendirinya kering membeku dan hati akan selalu berbahagia .

Wahai orang-orang yang sedang dilanda kemiskinan , yang diliputi kesusahan , dan yang diuji dengan berbagai kesulitan , teruskanlah beramal dengan amalan yang soleh ! Semoga kalian ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah siapkan untuk kalian agar kalian dapat berdekatan denganNya , Dzat Yang Maha Suci .



( Sambil mengucapkan ) Salamun'alaikum bima shabartum ( Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu ) . Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu . [ Ar-Ra'd :24]

2 comments:

Monsieur Kimi said...

Barakallahufikki ya Bella ..

Syurga ? sememangnya indah ..
Allah tidak marah kepada hambanya jika tidak capai Taqwa yang tinggi .. Allah cuma marah pada orang yang tidak berusaha kepada mencapai taqwa

Ingtlah pada Neraka ..
kerana Ahli neraka ..
Punggungnya selebar kota Makkah hingga ke Kota Madinah ..
-Petikan dari kitab Bahrul Mazi -

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

As'salamualaikum , ye betul
Dengan mengingati syurga dan neraka insyaAllah kita sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak terjadi ke arah dosa . Ye benar Allah marah pada orang yang tidak berusaha kepada mencapai taqwa kerana itu sama juga seperti berputus-asa .
Allah memberikan jaminan di dalam sebuah hadis qudsi : " Tidaklah hambaKu mendekat kepadaku sejengkal melainkan Aku akan mendekat kepadanya sehasta . Tidaklah hambaKu mendekat kepadaKu dengan berjalan melainkan Aku akan mendekat kepadaNya dengan berlari dan sebagainya " [Muttafaqun 'Alaih]
Walahualam .


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !