As'salamualaikum ,
SHOPING .. SHOPING .. SHOPING ..
SHOPING .. SHOPING .. SHOPING ..
perkataan yang sering keluar dari mulut setiap kaum hawa di dunia ini. tidak hairanlah kalau kaum hawa ini sangat obses ketika berbelanja apa lagi membeli baranag kesukaan dan idaman mereka.namun tanpa kita sedari kita juga sudah termasuk ke dalam sifat 'BOROS'. salah satu musuh ketat kaum adam. HAH. kebanyakan kaum adam tidak suka berbelanja berlebihan. katanya 'MEMBAZIR SAHAJA'!
tetapi zaman serba canggih ni, ada juga kaum adam yang suka berbelanja seperti perempuan dan tidak hairanlah kalau jumlah yang dikeluarkan untuk berbelanja bagi kaum adam sebenarnya lebih banyak berbanding kaum hawa. walau dimana-mana juga kita berada, kita janganlah LUPA DIRI ketika berbelanja kerana sifat boros adalah sifat yang sangat tidak elok. jangan sampai diri kita yang jadi mangsa bila peminta hutang datang untuk menuntut hutang mereka. janganlah sampai sebegitu, jadi persediaan awal dan sifat jimat-cerma serta membeli barang yang perlu sahaja amatlah penting bagi memastikan segala aliran duit dan keperluan tidak pernah tersekat dan tidak menyusahkan sesiapa.
janganlah jadi seperti saya yang sukakan SHOPING!!!
tetapi aku tidaklah kuat shoping. bila barang itu diperlukan ketika itu, barulah aku membelinya dengan seadanya. tapi bila kita semua sudah berumah tangga jangan kita lupa pada generasi kita masa hadapan. persekolahan dan segala kelengkapanya kelak kerana mereka lebih memerlukan berbanding kita. fikirlah pada masa akan datang kerana segala yang ada di dunia ini tidak 'GRATIS' bak kata indonesianya! kerana itulah lumrah. hidup ini hanya sementara jadi janganlah kita gunakan hidup dan kesempatan ini dengan melakukan perkara yang tidak betul tetapi lakukan apa yang elok untuk diri dan orang ramai.
1 comment:
Sesungguhnya membazir itu adalah dikalangan syaitan..:p
Post a Comment