Yakin !

menjadi juru cakap pada jamuan akhir tahun koperasi pada 12.10.2010. amatlah mengerikan bagi aku untuk berdiri di depan tetamu yang hadir pada hari itu + pengawas koperasi yang hadir seramai 60 orang dengan menaiki bas. 


aku bagaikan tidak percaya kerana di beri kesempatan ini untuk berucap di majlis yang gilang gemilang diadakan ini. aku dan rakan baik ku yang akan menjadi jura cakap pada hari itu. sebelum kami berdua bersedia dari segi fizikal, mental juga perlulah kami kuatkan. jangan pula tiba-tiba kami tak bersuara ketika majlis berlangsung. moga dijauhkan ya Allah. sebelum kami pergi, sehari sebelum itu kami berdua pergi berjumpa dengan pn. masdiah selaku setiausaha koperasi membantu kami dengan memberi serba sedikit tip untuk mengaranag teks ucapan. bantuan pn masdiah sangat berguna buat kami. apatahlagi kami di beri kemudahan internet. disebabkan mengenai pantun-memantun ini kami sangatlah tidak berapa pakar. jadi, kami sudah berpakat untuk mencari pantun 4 kerat yang sesuai dengan majlis ini. 


http://www.emocutez.com



akhirnya, kami berjaya menemui pantun-pantun ini...
tugas yang bukan mudah buat kami tetapi kami menyahut cabaran ini. walaupun tiada pengalaman tetapi sekurang-kurangnya kami berani tampil untuk bercakap. itu sudah cukup bagus untuk kami mengasahkan lagi jika bakat kami ada. HUHU...

nasihat ku : walaupun kita semua memiliki kekurangan diri masing-masing. jangan pernah putus-asa untuk kita berusaha memperbaikinya kerana Allah suka pada hambanya yang tidak pernah berputus-asa dalam mencapai apa yang diingankan dengan cara yang baik dan tujuan yang baik. yakinlah sebenarnya diri kita boleh lakukan. jika orang lain boleh lakukan kenapa tidak kita ? dengan izinNya insyaAllah kita bakal membina keyakinan dan dapat memantapkan lagi bakat kita yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. 


ALHAMDULILLAH 


No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !