12 Rabiul Awal

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah semua sihat ? Salam Maulidur Rasul semuanya . Moga bertambah rasa cinta kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan moga kita banyakkan berselawat buat Baginda S.A.W . Hari khamis lepas 24.01.2013 di Uitm Arau ada berlangsung perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul . Alhamdulillah meriah dalam konteks sederhana .

Sebenarnya sebelum tu kami (skuad) terpaksa tidur lambat sehingga dibenarkan tidur pada pukul 5.30 pagi sebabkan perjumpaan . Perarakan pula pukul 7.00 pagi dah siap-siaplah berpakaian tema warna pink dan purple . Tapi kami bangun lambat sebab tidur lambat . Jadi kami agak lambat juga sampai dari orang lain walau perarakan tak bergerak lagi ke DSS (Dewan Seri Semarak) . Selang beberapa minit , tiba pula perarakan dari Dahlia , Cengal , Beringin . Kami duduk di Kesinai 3 , sekali dengan Kesinai 4 .

Mula-mula ada macam sikap tak nak pergi . Sebenarnya tak elok kan kalau kita berputus-asa terus macam ni , lagipun hal ni benda baik jadi kita kena tanam sikap rasa bersalah kenapa kita perlu tolak kebaikan yang dah ada depan mata yang kita cuma perlu buat dengan ikhlas . Jadi walau masa waktu tu cemburu kat kami tapi kami tetap pergi . Satu lagi yang nak pergi perarakan ni sebenarnya tak wajib maksudnya bagi yang sukarela nak pergi . Hari sebelum berarak Puan Inter ada tanya siapa nak pergi , dan saya salah sorang yang tulis nama hendak pergi .

Semua kolej mempamerkan kreativiti dalam membina sepanduk . Semua nya cantik-cantik sangat , macam kami di Kesinai 3 ada unta-unta , love-love , tambah dua sepanduk untuk depan dan belakang sewaktu berarak . Sewaktu kami sampai di DSS kami tak sangka skuad kami yang lain turut sama ikut sama . Alhamdulillah ALLAH satukan kami untuk kumpul dalam suasana Ilmu sebab lepas berarak , berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kami disuapkan dengan ceramah motivasi . Banyak input yang baik .

Akhir ceramah penyampaian hadiah , dalam sepanduk Kesinai 3 menang tempat ke-3 . Dahlia yang menang tempat pertama . Manakala , juara siapa yang bersungguh-sungguh / semangat ketika berselawat adalah dimenangi kolej Cengal yakni kolej bagi mahasiswa .




  • Apa saya nak kongsi di sini kita tak kan menyesal apabila dah buat sesuatu kebaikan itu tapi akan menyesal kalau kita tak buat kebaikan itu . Moga ALLAH sentiasa memberi kita peringatan atas perlakuan kita yang kita nampak / tak nampak samada sengaja atau tidak . Wallahualam .



2 comments:

ismisyahida. said...

moga Allah selalu selalu tunjukkan jalan kebaikan untuk awak, fatin.

bila kita buat satu kebaikan, percayalah akan datang satu kebaikan yang lain.

take care okeh.

love,
gombak.

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Amin ,

syukran !


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !