Silat

Assalamualaikum ,

Selamat Isnin semua ? Kepada sesiapa yang berpuasa Selamat berpuasa hendaknya . Moga kita sentiasa dalam Redha , Lindungan ALLAH S.W.T . Ok , nak inform kalau dulu waktu di sekolah menengah ada macam Kokurikulum kan ? Ada Persatuan , Kelab , Permainan . Konsepnya sama juga apabila kat Universiti .

Berbalik pada point nya , kalau di sini saya pilih Kelab Silat Cekak Hanafi . Kalau kokurikulum utama saya Rotu (Reserve Officer Training Unit) . Untuk maklumat , Rotu juga ada aktiviti TTS yakni ia macam Taekwando atau seni mempertahankan diri juga cuma saya memang dah teringin hendak masuk Silat ini .

Bukan saya sorang yang masuk silat , ada skuad saya lain yang masuk juga . Pkw , dan tak lupa juga Pk kami yang jadi guru silat kami sebab dia dah habis semua rintangan . Pengalaman pertama masuk best juga . Apa yang bestnya pergerakan silat ini diambil dari pergerakan kita solat . Itu yang unik . Ok , jadual kelas Silat hari Isnin dan Rabu . Dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam . Tempat sama juga di depan Bangunan Al-Farabbi .

Tapi ada juga kata-kata berkata boleh ke nak selaraskan Rotu dan Silat . Kenapa ? Sebabnya Rotu ini sibuk juga jika bagi saya . Masa yang ada diisi dengan penuh sekali . InsyaALLAH ALLAH memberikan semua orang 24 jam sehari . Jadi kalau orang lain boleh handle masa dengan baik kenapa tidak kita ? Sekarang ini saya masih dalam latihan Silat sehingga cukup 6 bulan . Niat yang betul , yakni nak timba ilmu kan ? Itu yang saya belajar dari Silat cekak Hanafi .



Sahabat-sahabat silat juga baik-baik , hormat satu sama lain , tak buka aib sesama sendiri . Itu yang kita nak belajar dari apa yang kita lalui sepanjang hidup . Benda baik yang kita buat akan dapat kebaikannya juga lepasnya . Jadi saya juga dapat belajar urus masa dengan lebih sistematik walau saya mengaku bukan setiap hari masa saya dapat isi dengan perkara yang faedah tapi kita semua boleh cuba .

Kalau tak kerana ALLAH aturkan semua ini , maka saya tak kenal lagi erti masa .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !