Curfew

Assalamualaikum

Saya nak cerita pengalaman saya berkenalan dengan curfew . Curfew ni kalau dalam Bahasa Melayu nya perintah berkurung . Okay , kali pertama waktu datang sini memang tak tahu apa itu curfew . Nak sebut pun tersekat-sekat --' . Tapi Puan inter ada bagi tahu curfew ini buat macam tu macam ni , kenapa kena buat curfew ni semualah kepada kami . Curfew ini akan buat bila esoknya ada kelas . Hari curfew paling ketat sekali hari Rabu sebabnya hari tu Curfew tentera . Kena pakai half loreng dan mengikut tema yang diberi . Pernah kami diberi tema ala lanun gitu dengan muka kena hitam , pandai-pandailah nak bubuh apa kat muka . Ada yang bubuh celak satu muka , mungkin ada bubuh comourflage , ada yang letak kicap juga . Haha !


Untuk curfew hari ini kena letak sabun kat muka ! Haha , ingat kan nak suapkan kek sebab dari jauh macam kek . Maaf saya rabun jauh , katanya rabun jauh ini orang-orang muda <: . Alhamdulillah curfew hari ni kena 50 . Buatlah apa-apa untuk panaskan badan , untuk bagi hilang mengantuk sampai cukup 50 . Kali pertama curfew dulu , pernah sampai 1000 . Itu semua mind set sendiri . Kita sendiri kena anggap sesuatu yang banyak , contoh lah diberi 20 kali tapi kena fikir 30 kali kita kena buat kesalahan tu . Pernah saya kena tulis dalam 300 kali ayat yang berbunyi

' Saya tidak akan ponteng curfew lagi . Saya menyesal ! ! ! ' 

Syarat dalam curfew ini adalah bilik kami sendiri . Dalam almari baju mestilah lipat baju , seluar saiz A4 . Baju kurung pula gantung sama saiz semuanya dari cerah ke gelap . Tapi macam baju T-shirt tu apabila lipat saiz A4 akan kurangkan kedut jadi kuranglah elektrik kat rumah nak gosok baju kan . Hehe . Katil pula kena cekang , ibarat bila duit syiling jatuh atas katil ia melantun balik . Sebegitu . Dalam bilik tak nak ada habuk , sarang labah-labah , kipas bersihkan , langsir hias cantik , buku susun kemas , kasut selipar semua susun ditempat letak kasut bukan di atas lantai waktu curfew . 

Itulah serba sedikit yang saya nak kongsi . Sebenarnya banyak lagi . Kalau ditegokkan ada baiknya sebab ini masa yang diberi untuk belajar , kerana hidup sebagai pelajar sendiri sudah sibuk apa lagi yang memegang banyak jawatan mahupun terlibat dengan pelbagai aktiviti di Kampus . Cuma bercerita !

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !