Sekiranya Cinta Jauhi ZINA !

Assalamualaikum



ALLAH berkata :
 “ Janganlah kamu mendekati zina . Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk “
(Surah al-Israk , ayat 32)


Perbuatan yang bersangkutan dengan zina termasuk pandangan mata , sentuhan dan sebagainya . Berhati-hati dengan perbuatan itu kerana ia dapat menjauhkan anda daripada cinta tulus dan suci .

Masih ingatkan anda dengan pesanan Rasulullah S.A.W ?

Rasulullah S.A.W menyatakan yang
 ZINA MATA adalah memandang .
ZINA KULIT adalah menyentuh .ZINA FIKIRAN adalah angan-angan kotor .ZINA HIDUNG adalah menghidu bau haruman yang memberahikan .

Larangan zina bukan bererti Islam melarang lelaki dan perempyan berpandangan dan berkenalan . Islam juga tidak melarang Orang Islam menyentuh kulit yang berlainan jantina dalam konteks tertentu .

Contohnya :
# Ketika mengerjakan Tawaf dalam Ibadat Haji .
# Islam tidak melarang orang memakai haruman
# Islam juga tidak menghalang umatnya berfikir secara kritis
 
Apa yang dilarang dalam Islam adalah penyalahgunaan kelima-lima pancaindera . Dalam hal ini ia disebut zina . Oranng yang memandang lawan sejenisnya beberapa saat pada pertama kali , diberi kelonggaran oleh Islam . Namun sekiranya dengan pancaindera penglihatan itu dia memandang lawan sejenisnya dengan nafsu syahwat yang menggebu , itulah yang disebut sebagai zina penglihatan .

Orang yang menghidu bau harum semerbak lawan sejenisnya dan membayangkan yang bukan-bukan sehingga membuatkan dia terangsang itulah yang dikatakan sebagai zina hidung .

Orang yang menyentuh kulit yang berlainan jantina kerana darurat seperti berhimpit-himpit dalam pengangkutan awam ataupun ketika melakukan Ibadat Haji atau dalam keadaan memberikan pertolongan kepada orang lain adalah tidak berdosa .

‘ Orang yang berfikir dengan jernih perihal Ilmu ALLAH mempunyai nilai pahala bagi yang melakukannya ‘



Dalam era moden ini , ramai kaum muda yang menilai ataupun memahami fenomena perzinaan dan pelbagai aspek yang bersangkutan dengannya sebagai perbuatan yang ‘biasa’ . Bahkan sebahagian daripada mereka beranggapan orang yang tidak mahu digelar pemuda kampong dan ketinggalan ‘wajib’ baginya mengikuti ‘etika pergaulan bebas’ yang menghalalkan perzinaan itu . Apakah yang terjadi nanti ? Bukan hanya cinta bebas , tetapi seks bebas juga menjadi trend .

“Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji . Lelaki yang keji untuk wanita yang keji juga . Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik juga . Mereka yang dituduh itu bersih daripada apa yang dituduhkan oleh penuduh . Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia di syurga “
( Surah an-Nur , ayat 26 ) 

JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !