My home call me

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah final exam sudah habis untuk kos saya . Wahh , lega teramat lepas peperangan dengan kertas periksa . Sekarang perasaan nak balik aja . Balik balik balik . Cemburu bila tengok kawan-kawan dah balik awal sebab mereka habis exam awal jadi kami yang di sini tunggu hingga habis exam . Alhamdulillah hari ini 18.10.2012 saya dan kawan akan bertolak ke home sweet home . Naik kereta api dah Alhamdulillah (: .

Kepada kawan-kawan bilik , jiran bilik , satu kolej Kesinai 4 dan satu Uitm Arau , Perlis saya ucapkan berhati-hati dan jaga Iman (: . Kepada Yaya , Awatif , Aina , Lina dan Fini semoga sentiasa dalam Rahmat ALLAH . Persahabatan kita bukan setakat sini sahaja , InsyaALLAH tahun hadapan dah masuk sem-2 kita akan jumpa lagi di sini . Kawan jenguk-jenguklah kita kat Kesinai 3 nanti tau .

Saya bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang memahami , bila kita lupa mereka ingatkan . Bila kita buat salah , mereka tegur dengan cara baik . Bila kita lambat solat , mereka ajak kita solat sesama . Bila kita belum makan , mereka ajak makan dengan mereka . SubhanALLAH indah ukhuwah ini .

Kita kena berterima kasih dekat ALLAH sebab berikan perasaan kasih sayang dalam diri kita dan mempertemukan kita dengan kawan-kawan yang baik . ALLAH itu sangat baik . Sekarang ini sudah bersihkan bilik sampai kosong bilik ini sebelum balik ke rumah . Barang-barang sudah dikemaskan lepas itu letak kat dalam stor kolej masing-masing .

Lupa !

Bulan 10 ini juga saya akan pergi ke Melaka atas urusan kerja dan tanggungjawab sebagai Pasukan Wataniah . Annual Camp yang menyebabkan kami sebagai Junior tertanya apa yang akan terjadi di sana . Mudah-mudahan segala halangan , rempuhan dan ujian yang diberi dapat kami lakukan dengan baik dan sentiasa berjaga-jaga . Buat Skuad Arau , kita Fighthing dan harumkan nama Rotu Arau . Cobra !



Ayah , Ibu , adik Danish , Angah tunggu akak pulang .

Kepada kawan doakan kejayaan kami ya . Moga kita dapat dekan dan cemerlang yang diberkati ALLAH . Amin 

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !