Punca jiwa ' 0 '

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W yang Benar dan bersyukur atas kesempatan yang diberikan oleh ALLAH kepada kita semua . Kali ini saya ingin berkongsi tentang " Punca Jiwa ' 0 ' " maksudnya Punca jiwa kosong .

Pasti setiap yang berlaku ada punca yang tersendiri sama juga macam hal ini . Okay , punca jiwa kosong ini kerana :

> Tujuan hidup masih belum jelas < 

Persoalan-persoalan seperti ini ; dari mana kita datang , siapa yang menciptakan kita , untuk apa kita diciptakan , kemana kita selepas dunia musnah , perlu sentiasa ditanya pada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat .


UBAT JIWA & CARA PENGGUNAANNYA : 


(1) MEMBACA AL-QURAN 



  • Jadikan Al-Quran sebagai ubat motivasi 
  • Terapkan ajaran Al-Quran dalam realiti kehidupan 
  • Ambil ilmu daripada Al-Quran dan mengamalkannya 
  • Berusaha disiplinkan diri mengkhatamkan Al-Quran paling kurang 3 bulan sekali 


(2) QIAMULLAIL




  • Mulakan dengan sedikit . Yang penting dapat melakukan qiamullail secara istiqamah 
  • Bangun malam sebulan sekali , kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali pula . 
  • Kejut orang lain untuk qiamullail bersama 

(3) ISTIGHFAR 



  • Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan . Maksud bacaan istigfar : " Aku mohon keampunan-Mu , tiada Tuhan kecuali Engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga) . Ya ALLAH , aku bertaubat-Mu "
  • Hitung bacaan istighfar 10 kali , 70 kali ataupun 100 kali setiap kali selesai solat 

(4) MENGINGATI MATI 



  • Tubuh terbujur kaku , manusia menangisi pemergian , harta dan pandkat tidak boleh dibawa bersama . Apakah amalan yang hendak dipersembahkan ? Jangan terkurung dos pengambilannya dalam sehari . 

(5) MENANGIS DAN MENGADU 



  • Tiada sesiapa yang lebih kuat melainkan ALLAH , tempat memohon kekuatan . Semoga dengan pengaduan kepada Rab , segera menyembuhkan penyakit jiwa .                                                          

Hadis Nabi S.A.W maksudnya : 

" Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada ALLAH "

 (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)


Sumber : Gen-Q isu no 9 

1 comment:

mychickenfloss said...

terima kasih atas perkongsian ini.amat bermakna buat sy ketika ini..:)


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !