Kealpaan manusia

Assalamualaikum


Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat. 

(HR. Abu Daud)


Alam fana kian rapuh dimamah usia ,
Namun manusia kian lupa segala-galanya ,
Lupa akan asal usulnya , 
Lupa dia hanya insan yang kerdil di maya ini , 

Mereka hanya memandang bintang di langit tinggi ,
Seterusnya lupa rumput nan di bumi 
Ironinya , 
Adakah jernih perih lama begitu muda hilangnya , 
Adakah sudaah hilang fungsi minda kurniaan-Nya ,
Hingga hilang pertimbangan dan rasional 

Insan di mayapada kini , 
Marilah bermuhasabah tenang diri , 
Tentang apa dan salah silap kita , 
Hingga kita begitu jauh alpa , 
Jernihkan hati yang malap , 
Kembalikan keserian pagi , 
Hulurkan tangan perdamaian , 
Ciptakan sejarah kegemilangan bangsa 


~ Nukilan pena : Puan Norlela Bt Mohd Noor 2009 . Seorang guru yang berdedikasi dan beriman kepada ALLAH ~

2 comments:

ismisyahida. said...

salam.

ehem. bile nak buat nukilan sendiri pulak? ^^

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila telah berlaku jarak yang jauh diantara kita dgn Rasulullah saw maka jantung kita bertambah keras kerana lari dari peringatan Allah SWT. Surah AlHadid:16 وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖDan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras.
Surah AlHasyr:19 وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
Apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar, bukanlah manusia tidak mahu kembali ke jalan Allah SWT tetapi sering terpesong kerana begitu banyak simpang-siur yang mengkaburkan! Itulah risiko perjalanan hidup...


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !