Sedih kerana kesalahan

As'salamualaikum , 

Waktu menunjukkan 12:34 P.M . Bertarikhkan 4/3/2012 . Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH . Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W . Doa buat ahli keluarga Baginda Muhammad S.A.W , para sahabat Baginda Muhammad S.A.W , muslimin muslimat yang masih hidup meskipun yang telah menghadap Ilahi , ALLAH S.W.T . 

Saudara pendengar rahimakumullah 

Apakah pernah saudara dilanda kesedihan , kegelisahan , akibat dosa ? YA ! DOSA ? . Kita melakukan kesalahan . Tidak ada terlepas daripada melakukan kesalahan . 

" Setiap Bani Adam melakukan kesalahan , dan yang terbaik antara mereka ialah yang mahu bertaubat " 

Saudara , terkadang kesalahan kita itu terlalu mencengkam perasaan kita . Akhirnya kita bersedih . Ada orang begitu murung , sedih , tak boleh nak buat apa kerana kesalahan yang menghantui fikirannya . Dia melakukan dosa kepada emak bapanya , dia berdosa kepada adik-beradiknya , dia berdosa kepada gurunya , dia berdosa kepada jirannya , kepada sahabatnya , kepada sesiapa sahaja . 

Apakah ada dosa lebih besar selain dosa kita kepada ALLAH , rabbul jalil ?

Tapi mengapa harus bersedih ?

 Bukankah ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG ?

 Bukankah ALLAH ghafuur ? 

Bukankah ALLAH ghaffar ? 

Bukankah ALLAH tauwaab ?

ALLAH MAHA PENGAMPUN . ALLAH penerima TAUBAT . Berlapang dada kepada ALLAH S.W.T . Ya benar kita buat dosa , kita buat salah , tapi ALLAH sentiasa menanti kehadiran kita untuk menerima taubat kita . 

Firman ALLAH S.W.T : 

" Wahai orang-orang beriman , bertaubatlah kepada ALLAH dengan taubat yang sebenar " 

(Al-Tahrim 66:8)

Saudara , dengarkan seruan ALLAH ! ALLAH menyeru kita yang berbuat dosa ini : 

" Wahai hamba-Ku , wahai manusia , bertaubatlah . Wahai orang yang beriman , bertaubatlah " 

ALLAH mengajak kita untuk bertaubat . Apakah tidak terdetik di hati kita untuk menyahut seruan ALLAH ? Marilah kita sahut seruan taubat . 


KITA BERTAUBAT KERANA ALLAH , 

KITA KEMBALI KEPADA ALLAH , 

KITA MENYESALI DOSA-DOSA , KESALAHAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN , 


' Tuhan , aku tak layak masuk syurga-Mu , namun tidak upaya jika Kau campak ke dalam api neraka-Mu . Terima taubatku ya ALLAH . Ampunkan dosa-dosaku . Hanya Kau Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar ' 




Sumber : Buku berjudul Jangan Bersedih [Zikir Munajat & Tazkirah] . Penulis , Dr Badrul Amin Bahron . 


p/s : Pabila kita melakukan solat sunat taubat , kita titipkan doa taubat . Doa mohon ampun . Dalam mathurat ada . Jika kita ini sukar untuk bangun malam menunaikan solat taubat . Pada waktu pagi yakni ketika melakukan solat sunat dhuha , kita boleh lakukan sekali solat sunat taubat ini . Ini benar peringatan buat saya terutamanya . Kita sama-sama nak berjaya di akhirat sana . Amin . Wallahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !