As'salamualaikum ,
Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH S.W.T yang MAHA SATU dan MAHA SEMPURNA . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . Doa juga buat ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat handai Baginda Nabi Muhammad S.A.W juga .
Tahu tak rabu ini ada apa ?
HA ! Hari bersejarah memberikan seribu pertanyaan kepada semua mantan SPM 2011 . Hari ini juga bakal kami semua ketahui keputusan kami setakat mana . Apa bidang yang secocok dengan kami . Menandakan esok merupakan detik ini . InsyaALLAH lepas jam 10.00 A.M bermulalah peristiwa ini .
Nak pakai baju apa ?
Ada sesetengah sekolah memakai pakaian sekolah dan ada juga yang pakaian bebas . Tidak kira pakaian apa yang dipakai asalkan ia sopan dan kemas . Tidak mencurigakan orang ramai yang melihat . Bersederhana kan bagus (':
Sebelum keluar rumah nak buat apa ?
Cium tangan dan dahi ibu bapa . Baca doa keluar rumah , bacalah ayat Kursi sebagai pelindung buat diri . Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini ALLAH melihat ya . Ikhlas dengan niat kerana ALLAH S.W.T (':
Sebenarnya , macam cikgu saya kata . Memang malam sebelum tarikh tu berdebar , tak nak tak nak tidur . Macam boleh terbuka mata tu sepanjang hari . WAH ! Fenomena yang luar biasa bukan ? . Mudah-mudahan keputusan kita semua memudahkan kita memasuki ke IPTA yang kita minati dan sesuai . Memudahkan kita memahami , menerima mata pelajaran yang diberi . Amin . Kabulkanlah Ya ALLAH .
Sebenarnya tak ada apa-apa modal nak bagi tahu . Sebagai seorang hamba ALLAH , manusia , murid , anak semua kita tahu apa yang terbaik untuk diri . Selagi ia tidak melanggar hukum hakam ALLAH . Bertawakal dan berserah , hati akan berasa lapang dengan apa jua keputusan yang akan tertulis di kertas slip itu . InsyaALLAH .
Ada cadangan :Malam ini lepas maghrib atau tidak kira bila masanya di rumah masing-masing mari kita sama-sama baca Yassin , mohon betul-betul pada ALLAH . Tapi bukan masa susah sahaja kita minta pada ALLAH tapi waktu senang juga ya . Mudah-mudahan malaikat mendoakan kita , ALLAH jua memakbulkan doa kita semua . Amin .
Nak mengira waktu ?
p/s : Saya harap semua dapat yang terbaik . Cemerlang dunia dan akhirat . Amin (':
2 comments:
Assalamualaikum..
insyaallah..mudah-mudahan ya sahabatku.
Wa'alaikumussalam ,
InsyaALLAH . Amin , mudah-mudahan
Post a Comment