Marah yang baik


As’salamualaikum ,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH , syukur pada ALLAH . Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W  jangan tinggal . Buat ahli keluarga dan sahabat handai Baginda Rasulullah S.A.W juga muslimin dan muslimat yang berjuang ke jalan ALLAH . Moga kita semua dijalan yang lurus . Amin

Bismillahirahmanirahim , sudah lama juga merihatkan jari jemari untuk mengusik papan kekunci ini . InsyaALLAH hari ini diberi keizinan untuk menulis sedikit . Mudah-mudahan memberi saya dan semua sahabat pengajaran . Ilmu ini datang dari ALLAH . Manusia memiliki pelbagai perasaan . Perasaan ini digunakan mengikut keadaan seseorang pada waktu itu . Namun ada juga perasaan ini digunakan dengan cara yang tidak betul atau mungkin tidak dikawal dengan baik .

Perasaan marah yang terkawal ada kebaikannya . Sebagai contoh , marah apabila cemburu dalam batas-batas yang tidak melampau adalah baik bagi memelihara maruah suami , isteri dan keluarga .

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim Nabi berkata :

“  Sesungguhnya Saad itu cemburu orangnya dan aku lebih cemburu dari Saad dan ALLAH lebih cemburu dariku (dalam perkara halal dan haram) “


Marah apabila melihat agama serta hukum hakam ALLAH dipermain-mainkan juga adalah baik kerana ia merangsang individu itu mencengah kemungkaran .


Imam Ghazali berkata :

“ Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela . Yang terpuji ialah perasaan marah yang disuluh oleh akal dan agama “


Marah biar bertempat kata orang . Di sini dapat dilihat kalau sifat marah itu ada gunanya . Tidak ada yang sia-sia ALLAH lakukan samada kita sendiri sedar atau tidak  . Marah itu akan bertukar menjadi baik jika kaedah yang digunakan betul dan berlandaskan AL-Quran dan Sunnah .

 Imam Muhammad bin Kaab pula berkata :

“ Sesiapa yang memiliki tiga perkara sempurnalah imannya kepada ALLAH . Apabila dia mendapat kesenangan dia tidak terjebak ke dalam batil . Apabila dia marah , kemarahannya tidak mengeluarkannya dari landasan kebenaran . Apabila dia berkuasa dia tidak mengambil harta yang bukan haknya “

(Hal ini disebutkan di dalam Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali)


 Jika soal cinta , contohlah kita cemburu pabila ada orang sukakan perempuan itu tapi bukan kita . Ingatlah wahai wanita , ALLAH menjagamu kerana Dia cemburu melihatmu bersama orang bukan mahram bagimu . ALLAH melarang kita buat itu sebab nak jaga kita . Tak nak ke ALLAH jaga kita dari lelaki yang tidak ikhlas cinta kita sebelum akad nikah nanti ? ALLAH tak nak kita disakiti kedua kali dan ingin kita matang . Wanita bangkitlah , saudari hidup kerana ALLAH pasti bahagia . InsyaALLAH . Tidak rugi kita lepaskan lelaki itu kerana ALLAH akan beri yang lebih baik , pesan sahabat baik saya . Jadi kita harus yakin , nak solat pun kena yakin dengan bacaan yang kita baca . InsyaALLAH mudah-mudahan kita tergolong jalan yang lurus . Sayang sahabat semua (‘ :


  Abu Hurairah ra berkata , sabda Nabi Muhammad S.A.W :

“ Sesungguhnya ALLAH cemburu dan cemburu ALLAH ialah mencegah orang mengerjakan apa yang telah diharamkan –Nya “


Kepada semua yang kenali saya , saya minta maaf atas segala salah silap , perilaku , kata-kata lepas dari mulut ini . Maaf sangat atas semua marah yang saya lepaskan pada kalian . Maafkan saya , maafkan saya , maafkan saya . 




p/s : Kepada akak tersayang , maafkan saya juga . Saya tahu akak buat untuk saya , saya harap akak Berjaya dalam hidup . Jangan toleh belakang (‘:  . Isi yang bagus dalam ini saya ambil dari buku Tip-tip cemerlang daripada Quran karya Ustaz Danial . As’salamualaikum .


No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !