Apabila Akar Tidak Kuat Mencengkam

               Madihah diapit ibubapa di hadapan rumah yang membina dirinya selama 18 tahun


As'salamualaikum , 

“Makcik takde petua apa, semua gurunya yang didik. Dia tak pernah menangis depan Makcik, tapi Makcik selalu nampak dia menangis tengah malam ketika solat Tahajud,” kata ibu Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2007 (20A).

Ogos ini Madihah akan terbang ke UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik. Kata bapanya, dia tidak akan bimbang kerana yakin Madihah dapat mengekalkan imej Muslimah hasil asuhan guru-gurunya di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan.

Dalam catatan pengalaman saya menulis biografi gadis ini, saya yakin Madihah dapat melalui cabaran fenomena di Langit British. Tinjauan singkat saya ke mukim tarbiah Maahad Muhammadi Lil Banat menemukan insan-insan bergelar ‘ibu’ yang hebat. Merekalah yang diamanahkan ibubapa para pelajar untuk mengasuh dan mendidik, bukan sekadar mengasah otak untuk abjad A.
 
Setiap pagi, para pelajar memulakan pengajian dengan doa penerang hati, nama-nama ALLAH dan selawat. Para pelajar diwajibkan menutup aurat dan diterangkan peri pentingnya menjaga syariat dan menjunjungnya di mana-mana. Dalam program Usrah dan halaqah, para pelajar mendalami agama luar bilik darjah. Mereka dikhabarkan tentang akidah, syariat dan akhlak dalam rangkuman yang tidak dipisah-pisahkan. Mereka juga disibukkan dengan aura qiyamulail, muhasabah dan ilmu. Natijahnya, di mana mereka berada, para pelajar ini menjadi muslimah yang baik.

Inilah akar yang menunjangi jiwa-jiwa para pelajar cemerlang angkatan Maahad Muhammadi Lil Banat. Madihah atau Siti Fatimah (Pelajar terbaik SPM 2006) tetap menjadi ciri yang sama walau mereka telah mencorak dunia akademia luar.

Semoga mereka terus kukuh sebagai Muslimah sejati yang dianugerahkan Allah dengan otak yang cerdas. Merekalah harapan pewaris bangsa di bumi yang meletakkan Islam sebagai agama utama.

Ingatlah, apabila Akar akidah tidak kuat mencengkam dalam diri, maka natijahnya akan rosaklah peribadi. Kala itu, walau cerdas mana sekalipun, kau sudah di barisan perosak agama dan hanya Tuhan dapat membantumu kembali ke jalan lurus.

Sumber : ummuhani


p/s : Ambil yang baik . Kebaikan yang orang lain contohi jadikan motivasi dalam diri bukan untuk diejek kata dia belagak atau apa . Jangan kita sombong pada kebaikan tapi kawan dengan kebaikan . Kata salah seorang cikgu saya , kita banyak membaca kejayaan orang lain menjadikan diri nak jadi macam dia . Pembakar semangat bukan niat nak bermegah atau apa . Niat ikhlas nak belajar + tambah ilmu kerana ALLAH S.W.T . Semoga menjadi tauladan buat saya dan juga semua sahabat yang saya sayangi . Wallahualam . JazaakALLAHu Khaira .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !