Muzik dalam ISLAM





As'salamualaikum ,


Soalan ; 
Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan) . Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram . Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz . 


Jawapan ; 

Waalaikumusssalam , 

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh . Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak-ulamak tentang hukum bermain gitar ini . Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak. Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.


Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
  1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
  2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya
  3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
  4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS 

Sumber : cahayaislam.net

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !