As’salamualaikum,
Alhamdulillah bertemu lagi kita kembali di sini .
Syukur kehadrat ALLAH s.w.t kerana memberi kita peluang untuk melihat sendiri
kelemahan diri dan terus memperbaikinya selagi nyawa masih diberi kesempatan .
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang terpuji begitu juga ahli keluarga
Rasulullah s.a.w dan para sahabat Rasulullah s.a.w . Semoga ALLAH menempatkan
semua dalam syurga ALLAH yang telah ALLAH s.w.t janjikan . Sesungguhnya ALLAH
Maha Menepati Janji . Amin .
Petang tadi macam biasa , mula kerja di sekolah
tersayang yang telah saya duduki sejak dari tingkatan satu hinggalah ke
tingkatan 5 . Waa , sekolah ada juga berubah . Koperasi pun dah berubah . Kalau
dulu simen yang sejuk , lepas tu dibaluti dengan tikar dan Alhamdulillah rezeki
bertambah diganti dengan mozek yang berwarna pink . Dunia dah majulah kan ;D .
Alhamdulillah , ALLAH permudahkan semuanya . Senang nak mop . HAHA . Tadi pun
senarai barang nak beli alatan-alatan membasuh , mencuci , mengmop ni semua .
Senarailah , macam tuala , detergen (pencuci lantai) , pewangi (tak kesah
jenama apa janji wangi) . HEHE .
Okay , nak dikatakan biasalah budak-budak .
Macam-macam kerenah ada . Kadang-kadang yang nak beli barang tu , yang tanya
bukan tuan yang nak beli barang tu tapi kawan dia pula yang tanya . Tak apa ,
sama-sama susah dan senang kan ? Tapi satu yang bagusnya , budak-budak ni suka
belanja kawan-kawan dia , kalau dia hutang duit dengan kawan dia , dia bayar .
Its real , saya tengok sendiri depan mata . Ia terjadi depan koperasi tau tak
T.T . Satu yang dapat lihat di sini , bagaimana kan kalau kita tak ada kawan ?
Bosan ke ? Sunyi ke ? Hem , bagi saya kawan itu perlu ada . Sebab kita sebagai
manusia saling memerlukan antara satu sama lain . Hidup kita pun , bergantung
pada ALLAH , ALLAH tetapkan jadi saya sendiri bagi tahu kat diri ini , jangan
sombong kalau orang buat baik kat saya . Jangan sangka buruk kata , dia ni
tunjuk baik atau apa . Tapi kita contohi , InsyaALLAH okay (: . Kalau cemburu ?
Cemburu kearah kebaikan tidak apa , melalui itu kita boleh contohi orang yang
melakukan kebaikan itu .
Ada juga masalah yuranlah , resitlah tak bagi .
Heew heew , pening tapi bagi menyelesaikan masalah pasti ada jalannya kan ?
InsyaALLAH , cikgu pun kata kita tak nak bergaduh dengan parents so , satu
jalan mudah ikut aja dan catat barang yang dia dah ambil walaupun bukti tidak
kukuh dapat dilihat . Cehhwaahh , nak jadi peguam ke wahai fatin nur nabilah ?
Heee , InsyaALLAH (; . Itulah ISLAM ITU MULIA & INDAH . Cikgu sangat-sangat
bagi sokongan , adik-adik koperasi (pengawas koperasi) pun bagi kerjasama .
Walau ada masalah sikit , tapi kalau dah diberi amaran sekali oleh cikgu , dia
orang terus ambil langkah drastik . That’s the wright way (: . Yeah , manusia
tak sempurna jadi dengan tidak kesempurnaan itu manusia saling membetulkan
kesalahan . Cikgu-cikgu pun sibuk , sebab bukan satu tugas atau tanggungjawab
nak kena pikul tapi banyak dan plus banyak . Apa lagi sebagai isteri kan ? Tapi
itulah , kalau saya tengok pun dah penat apa lagi kalau situasi saya macam
cikgu-cikgu saya ini . HUHU . Macam mana nak jadi SUPER WOMEN ni ! ;3 Ah ,
gediknya ~~
Tapi keseluruhannya , memuaskan . I give 4 bintang
dari 5 okay ? 4/5 Alhamdulillah lah tuu . Dari tak bagi betul tak ? Mhuuaa ,
itulah bila dah kerja pupukan sifat
IKHLAS | AMANAH | TANGGUNGJAWAB | MESRA | BEKERJASAMA
Itulah salah satunya walaupun masih ada banyak
lagi kan sebenarnya ? Yaa yaa , anda semua mesti tahu kan ? Apa perlu kita
lakukan , muhasabah diri kalau sebelum ni , kita kerja tak ikhlas ke , ada
cemburu dengan kawan-kawan lain ke sebab dia lebih rajin dari kita ke ? Sebab
dia banyak dipuji oleh cikgu lebih dari kita ke ? Sebab dia disukai oleh ramai
orang ke ? Fullstop ! Buang semua tu , ganti yang BARU . Cuba terbalikan .
# Tak ikhlas tolong cikgu – Lepas ni saya nak
ikhlas tolong cikgu kerana ALLAH , banyak kali sebut ‘LILLAHI TA’ALA’ . Saya
buat kerana ALLAH walaupun hanya menyapu sampah , susun barang . Semua itu .
ALLAH Maha Melihat .
# Cemburu dengan kawan – Lepas ni saya nak cemburu
yang POSITIF . Maksudnya , cemburu saya itu tak jejaskan iman saya , tapi
meningkatkan keimanan saya dengan mengikuti kebaikan dia dengan NIAT kerana
ALLAH dan nak berubah .
# Nak orang lain tengok kita buat apa – Contoh
kita tengah susun barang , bila orang ramai datang kita nak orang tu tengok
kita buat kerja macam kita ni rajinlah eh . SO ! BUANG ITU RIAK ! Satu tips
kalau tak nak timbul riak adalah mengganggap orang lain lebih mulia dari kita .
Satu tips saya kalau tak nak orang lain tengok kita buat kerja tu , kita buat
sorok-sorok jadi tak ada orang nampak dan kita boleh kikis sifat tu sekaligus .
InsyaALLAH .
Barangsiapa memberi,menolak,mencintai,membenci,dan menikah karena Allah,maka sempurnalah imannya
(HR Abu Daud)
Dan sebenarnya , banyak lagi tapi tak tertaip di
sini . Anda pasti tahu kan jika anda pernah alami atau lihat peristiwa macam ni
. Kalau niat kita nak berubah kea rah yang baik , kebaikan sudah tercatat untuk
kita . Baru aja niat , belum lagi kalau kita dah buat kebaikan itu . TAPI !
Kalau keburukan , kita berniat nak buat , tapi tak lakukan , tidak ada tercatat
apa-apa pun selagi kita belum lakukan . ALLAH Maha Pemurah .
Kepada semua yang mengenali diri , daku minta maaf
atas salah silapku terhadapmu . Maafkan daku yang lemah dan tidak terdaya
melakukan apa pun . Maafkan daku sahabat . Kepada sahabat saya , Nurul Aisyah
Bt Mainor . Terima kasih sebab sentiasa ada di sampingku di dalam koperasi .
Nanti kita tengok hantaran kahwin lagi tau . HAHA ;D .
Sayang untuk semua kerana ALLAH . Wallahualam .
As’salamualaikum .
No comments:
Post a Comment