Hukum bergurau dengan AYAT-AYAT AL-QURAN ?

As'salamualaikum, 

SOALAN :

Bolehkah kita bergurau senda dengan perkataan ' KAFIR ' atau ' FASIQ ' ataupun bergurau dengan AYAT-AYAT AL-QURAN bersama rakan-rakan kita ? 


JAWAPAN : 

Tidak dinafikan, perbuatan bergurau dengan kata-kata ' KAFIR ' atau ' FASIQ ' ataupun bergurau senda dengan AYAT-AYAT AL-QURAN, mahupun hadis Nabi adalah antara perbuatan MUNGKAR dan BAHAYA yang boleh MENJATIHKAN IMAN seseorang . 

Ia wajib dijauhi oleh semua orang . ALLAH s.w.t telah memberi amaran dalam soal ini . 


Firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Tawbah ayat 65 : 

Maksudnya : Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab : " Sesungguhnya kamu hanyalah berbual dan bermain-main " Katakanlah : " Patutkah nama ALLAH dan AYAT-AYAT-NYA serta RASUL-NYA kamu memperolok-olok dan mengejeknya ? "

Ulama mengatakan ayat ini diturunkan kepada satu kaum yang sentiasa berkata-kata sesama mereka dalam satu perjalanan musafir bersama 


Nabi s.a.w : 

Maksudnya : " Kami tidak melihat sesiapa seumpama qari-qari kami , mereka sangat lapar perut , sangat menipu dan sangat takut ketika bertemu musuh " 


Mereka maksudkan ialah Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w . Lantas ALLAH menurukan ayat ini . Bahkan Nabi melarang gurau senda yang didasarkan kepada penipuan semata-mata . 

Sabda Nabi s.a.w : 

Maksudnya : " Celakalah bagi orang yang bercakap dengan sesuatu lalu menipu untuk membuat orang ketawa dengan sebabnya . Celakalah baginya , celakalah baginya " 


Oleh itu , WAJIB setiap orang Islam berhati-hati dan menjauhi daripada perbuatan seperti mempersendakan agama , AYAT-AYAT AL-QURAN atau bergurau dengan perkataan kafir kerana ia mengundang bahaya dan akibat yang buruk dalam agama . Semoga ALLAH menyelamatkan kita semua daripada perkara tersebut . AMIN !


Sumber : Buku berjudul ' SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG AKIDAH TAPI ANDA MALU BERTANYA ' . Penulis oleh Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani . Wallahualam .



No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !