Penyakit-penyakit umat terdahulu

As'salamualaikum, 

Ertinya : 

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu " Sahabat bertanya , " Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu ? " Nabi S.A.W menjawab , " Penyakit-penyakit itu ialah : (1) terlalu banyak seronok , (2) terlalu mewah , (3) menghimpun harta sebanyak mungkin , (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia , (5) saling memarahi , (6) hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalami " 

[H.R. HAKIM] 


KETERANGAN : 

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W tadi telah banyak kita lihat dikalangan kaum muslimin di hari ini . Di sana sini kita melihat penyakit merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya . Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing . Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan nafsu . Maka bila nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah . Disaat itu , hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan , khianat , hasut-menghasut dan sebagainya . Marilah kita merenung maksud Hadis ini dan marilah kita muhasabah !
  

 Umat dahulu banyak penyakit , 

Usah diikuti jalan mereka , 

Kerana mewah banyak berduit , 

Jikalau kita mahu bahagia , 

Harta dihimpun berderet-deret , 

Biarlah hidup berpada-pada , 

Akhirnya hidup himpit-menghimpit , 

Dunia ini menuju fana . 


 Sumber : Buku berjudul ' Sedarkah kamu wahai manusia antara semalam & hari ini ' karya Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman .  

Harta berkurang apabila dibelanjakan sementara ilmu berkembang apabila digunakan ( Saidina Ali )

p/s : Ia peringatan buat saya juga . Saya yang sering tidak terlepas dari semua ini . Muhasabah diri . Wallahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !