Tak PATUT pinta

As'salamualaikum , 

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan izin ALLAH , selamat pagi semua . Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W yang kami cintai begitu juga buat ahli keluarga Rasulullah S.A.W dan para sahabat Rasulullah S.A.W . 

" Ya ALLAH Ya Karim . Tempatkanlah Nabi kami , Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga dan sahabat handai baginda ke dalam syurgaMu ya ALLAH yang telah ALLAH janjikan sesungguhnya ALLAH MAHA MENEPATI JANJI " , Amin . 



Selepas solat wajib , kita sentiasa berdoa meminta , memohon kepada ALLAH pada apa yang kita hajati dalam doa itu . Berdoa bukan hanya selepas solat wajib sahaja tapi di mana sahaja . Ia luas dan itulah peluang yang ALLAH berikan buat kita . Kita jangan sombong untuk meminta kepada ALLAH kerana ALLAH menyukai hambaNya yang meminta kepadaNya daripada tidak kerana kita memerlukan ALLAH dan hanya kepada ALLAH tempat kita bergantung dan bergantung selain orang di sekeliling kita . Kalau kita nak ALLAH kabulkan doa kita , keyakinan bahawa ALLAH PASTI mengampuni dosa kita itulah jalan terbaik seperti yang saya dengar oleh ustaz di tv .  

Namun , hajat yang kita inginkan itu biarlah yang baik-baik kerana ALLAH itu baik . Janganlah kita meminta sesuatu yang buruk atau yang merosakkan orang lain . Jangan sama sekali . Nauzubillah . Menurut ulama , antara contoh melampau dalam berdoa itu adalah meminta sesuatu yang tidak sepatutnya dipinta seperti : 

BERDOA UNTUK MENDAPATKAN BENDA-BENDA HARAM 


Seperti memohon untuk mendapatkan projek -projek dan saham-saham yang memang diketahui dan pasti terlibat dengan riba dan rasuah .  


MEMINTA SESUATU YANG PASTI ALLAH S.W.T TIDAK KABULKAN 


Seperti meminta untuk kekal sehingga hari kiamat (seperti iblis) 


 BERDOA SESUATU YANG BOLEH MENGHILANGKAN SIFAT KEMANUSIAAN 


Seperti tidak perlu makan dan minum seumur hidup (seperti malaikat) 


 MEMINTA UNTUK MENGETAHUI BENDA GHAIB 


Seperti meramal dan melihat masa depannya atau menjadikannya sebagai seorang yang maksum , suci bersih daripada dosa  


 BERDOA DENGAN SOMBONG DAN SELAMBA , TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN MAIN-MAIN KEPADA ALLAH 

Bercanggah dengan keadaan yang sepatutnya dalam berdoa kepada ALLAH , yang sepatutnya dengan penuh tawaduk , tunduk dan amat berharap kepada rahmatNya .    


Sumber : Majalah Solusi isu no 39 m/s 78 


P/S : Mungkin saya sendiri pernah melakukan tindakan ini kerana itu marilah kita betul-betul mengetahui apa sebenarnya yang kita harapkan dan ALLAH juga senang untuk kabulkan . Islam itu mudah jadi permudahkannya . Wallahualam .


















No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !