Sanah helwa

As'salamualaikum ,  

Alhamdulillah masih dipertemukan oleh ALLAH . Syukur kehadrat ALLAH kerana memberi saya ruang untuk menulis sedikit cerita yang ingin saya kongsikan . Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W yang kita semua cintai . Begitu juga buat ahli keluarga dan sahabat handai Nabi Muhammad S.A.W yang mulia . Amin .  

Entri ni khas InsyaALLAH untuk adik saya . Ya ! Saya kakak sulung . Haha . Nama beliau Farah Natasya Binti Roslan . Pada tahun 2012 ini sudah menjangkau usianya 13 tahun itu bermakna tahun pertama melangkah ke sekolah menengah . Alhamdulillah , macam waktu kita semua dulu-dulu nak masuk sekolah menengah juga . Perasaan semua tak sabar , dapat kawan baru , sekolah baru , cikgu baru , baju baru , suasana baru dan matapelajaran baru .  



Pada tanggal 2/1/2012 yang lalu adik saya sudah memasuki usia 13 tahunnya . Okay , selamat hari jadi akak ucapkan . Jadilah seorang hamba ALLAH , anak , adik , pelajar dan manusia yang baik serta memberi kebaikan buat orang lain . Okay , mengenai kek pulak . Adalah , kek biasa . Kakak dia yang tolong habiskan -,- . Haha . Membazir kan amalan syaitan . Ayah balik kerja malam tu , singgah kedai dan belikan kek . Tapi adik lelaki pulak yang excited . Tak apalah , sharing is caring wright ?   

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 18 tahun kepada sahabat saya , Fatin Shahirah Binti Rashid . Hari ini merupakan hari jadi beliau , 7/1/2012 . Moga fatin sentiasa tabah mengharungi liku kehidupan , kuat imannya , dan tersenyum selalu . Mudah-mudahan kita dapat menjadi seorang muslimah yang baik dan berguna untuk Agama Islam kita . Saya memohon maaf atas kesalahan saya pada fatin selama kita berkenalan , tak kesahlah apa jua kesalahan mahupun sengaja atau sengaja tak perasan . Kita mohon maaf .  Ini blog beliau , hanya-bicarasahaja . Moga cita-cita fatin sampai ke bintang akan menjadi kenyataan , InsyaALLAH . Amin . 

Kawan-kawan , blog beliau sangat best . Kenapa ? Best memanglah banyak maksud . Tapi best yang di sini adalah blog ini memberikan banyak info yang berguna mahupun dunia dan untuk akhirat . Kita hidup ini dunia kejar dan akhirat juga nak kejar . Kalau hidup tak lupa dengan akhirat , InsyaALLAH terjamin hidupnya di dua alam yang berbeza ini . Sama-sama berkongsi kerana ilmu ini ALLAH yang punya . Jadi , ini juga salah satu dakwah yang boleh dilakukan di zaman IT ini . InsyaALLAH , kalau keikhlasan dalam memberi info yang bermanafaat untuk orang lain mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan urusan kita di padang mahsyar nanti . Amin .

Rasulullah SAW bersabda:


”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu.”(Hadis riwayat Muslim)



 Okay , itu aja entri ini . Hari jadi saya lambat lagi . Haha  ;D 

P/S : Moga ALLAH memberkati anda semua . Love you all . Wallahualam .





2 comments:

qilaaa said...

Assalamualaikum, sanah helwa buat Farah Natasya Binti Roslan . semoga di permudahkan urusan oleh Allah

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Wa'alaikumussalam , trma kasih aqilah ! Amin (;


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !