Reason

As'salamualaikum ,  


Selamat malam semuanya . Alhamdulillah bertemu ahad pada tanggal 15.1.2012 ini . Okay , ada yang bertanya kenapa 'Deactive Facebook' ?  Sebenarnya ada alasan kenapa saya deactive itu facebook . Namun jangan salah anggap , saya harap saya buat ini dapat selesaikan masalah yang dihadapi . Saya nak berdiam diri boleh ? Bukan kerana nak sombong atau apa tapi saya tak kuat dan takut jadi biarlah saya ambil langkah berjaga-jaga . 

" Biar lambat asal selamat "  

Ingat tak entri sebelum ni soal ' Berdamailah dengan takdir ' ? Artikel ni memang membangkit semangat saya ni kembali . Kita sebagai manusia dan apa lagi diri saya sendiri sentiasa bersangka baik kepada ALLAH . Memang benar , bila kita bersangka baik kepada ALLAH memang lain rasanya berbanding sebaliknya . Rasa selamat dan dilindungi . ALLAH Maha Pelindung . Namun setiap hari kita jangan sombong apa lagi untuk diri saya sendiri , bila berdoa jangan kita nak cepat habis tapi gunakan dengan sebaiknya . Lepas solat tidak kira solat wajib mahupun sunat , berdoalah walaupun sebaris pun agar kita sentiasa ingat bahawa kita jangan malu dan sombong minta padaNya , ALLAH S.W.T . 

Ujian memang banyak dalam hidup manusia , penentunya bagaimana diri kita menyelesaikannya . Dari ALLAH juga kita pergi dan dari ALLAH juga kita dikembalikan . Sifat sabar itu memang untung pada siapa yang mendapatnya , kerana ia berharga kerana SABAR itu ibarat pakaian dalam diri kerana ia sentiasa diperlukan setiap masa . Otak cergas dan cerdas . 

Teringat kembali sewaktu hari pertama mengambil peperiksaan SPM , subjek Bahasa Melayu . SubhanaALLAH , takut , cemas dan sebagainya . Sebelum masuk kelas tu , selak-selak buku kejap dan bila pengawas suruh masuk , kamipun masuk . Tapi ! Kadang-kadang sampai pengawas tu kata cepat-cepat masuk sebab asyik dok belek je muka surat buku tu -,- . Alhamdulillah dah habis exam ; 3 . 



Kepada 'S' terima kasih sebab berusaha susah payah cari saya sampai kat sini sebab gara-gara saya 'Deactive Facebook' tapi saya lakukan ada sebabnya . Bukan hendak berahsia pada kalian , tapi biarlah diri dan ALLAH mengetahui (:  . Semoga dia berjaya dalam hidup , hanya doa dapat saya lakukan kerana ALLAH menjaganya bukan saya . Ya , saya degil memang degil . Dah cukup : >  

Okay , entah napa tiba-tiba cerita macam ni . Setiap hari rasa nak ada dalam rumah tu ada penceramah dan perunding motivasi depan mata . Hari-hari boleh ingatkan , namun kerana ALLAH berikan kita akal dan fikiran untuk berfikir apa yang baik dan buruk kerana itu kita harus mengingatkan diri sendiri agar tidak lalai kerana memang saya mudah lalai .  

" Ya ALLAH , cintailah daku pada hal yang Engkau cintai dan jauhilah daku pada hal yang Engkau murkai " 

P/S : Amin . Wallahualam .







No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !