Kelebihan beribadat di saat huru-hara

As’salamualaikum ,

Alhamdulillah , bertemu lagi kembali kita semua . Syukur pada ALLAH . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang benar serta mendoakan ahli keluarga dan sahabat handai baginda . Amin .

Ertinya :

Daripada Ma’qil bin Yasar r.a berkata :

Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Beribadat di saat huru-hara (dunia kacau bilau) adalah  seperti berhijrah kepadaku “



ERTINYA :

Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati ALLAH S.W.T di saat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan . Mereka akan diberikan pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah S.A.W .

#Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan , dan mudah-mudahan kita mendapat pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W tadi . Amin Ya Rabbal A’lamin .

Ketika dunia dilanda perang ,
Kacau dan bilau tidak terbilang ,
Walaupun hanya engkau seorang ,
Amal ibadat jangan dikurung .

Ketika itu amat berharga ,
Pahala ibadat berlipat ganda ,
Bagaikan kita ‘HIJRAH’ namanya ,
Bersama Nabi dalam derita .

SubhaanaALLAH , Maha Suci ALLAH Tuhan seluruh alam .

Sumber : Buku berjudul ‘Sedarkah Kamu Wahai Manusia’ oleh penulis Wan Md Jamal Bin Wan Mad Saman . Terima kasih . Wallahualam .

2 comments:

AQILAH SANI said...

Assalamualaikum, maaf saya tak dapat hantar mesej ke fb n ph awak. Huu, baik lah, mengenai isu makmum pelu baca al-fatihah ni, terlalu banyak pendapat. Saya bagi awak satu link mengenainya ya

http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/6.htm

Selamat membaca, . Bagus artikel awak yang ni. Saya Suka ~

Bella said...

Wa'alaikumussalam , terima kasih aqilah . Kita pun minta maaf sbb fb kta deactive jd aqilah susah smpai kat kat blog ni . TERIMAKASIHBANYAK (:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !