As'salamualaikum ,
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH , dengan izinNya dapat lagi kita bertemu . Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang kita semua cintai . Doa buat Nabi Muhammad S.A.W , para sahabat Rasulullah S.A.W , ahli keluarga Rasulullah S.A.W jangan kita tinggalkan . Amin . InsyaALLAH .
Sangat risau dan bimbang. Gelisah. Tak senang duduk.
Bila memikirkan, dalam semua perkara yang kita lakukan – tidur, bangun, mandi, solat, breakfast,pergi kelas, study di perpustakaan, lunch, rehat, tidur lagi, siapkan assignment,
berkawan, berjalan dan bersukan, menulis blog, keluar masuk rumah,
pergi sana sini, rancang itu dan ini, beli itu beli ini – ok banyak!
Semua la, semua.
Semua benda yang kita buat, pernahkan kita merasakan sangat risau..,
Memikirkan..,
Adakah..,
Baiklah. Sebenarnya, elok kita timbulkan persoalan, pernahkah kita
sangat risau samada Allah redha atau tidak dengan apa yang kita buat
selama ini. Samada kerja baik, kerja separa baik, atau kerja yang sikit
saja unsur baik nya. Kerja yang buruk tak perlu kita bincangkan rasanya,
sah-sah Allah tak redha. Jadi, agak-agak nya..adakah Allah redha dengan
semua itu?
“laa..dah kau buat tu, Allah ok je la tu. Kalau tak, Dia tak bagi pulak kau buat..” Oh no no, you’re so wrong my friend.
ALLAH IZIN TAK BERMAKNA ALLAH REDHA.
Kalau tidak, maka tak akan wujud la orang-orang
yang kufur dan berbuat maksiat. Tidak akan ada lah kes-kes rompak bank,
mencuri basikal, menyiksa ayam dan binatang lain, dan pelbagai lagi
jenayah-jenayah zalim. Namun, perkara-perkara ini tetap wujud, sebab
Allah izinkan. Tapi, sudah tentulah Allah tak redha, kan?
Ada sebabnya kenapa Allah izinkan ia terjadi juga. Itu lah namanya hikmah, kan.
Maka berbalik kepada soal redha tadi, kita sepatutnya susah hati
memikirkan soal ini. Bukan terlalu merisaukan keizinan Allah dalam
melaksanakan sesuatu agenda kita lalu berdoa, bermunajat, tunaikan solat
hajat segala dengan harapan Allah perkenankan lalu izinkan ia berlaku,
sehingga terlepas pandang pada persoalan – adakah Allah redha kalau aku
mahukan itu dan ini?
Kerana ya, kita wajib ingat, Allah memang Maha Adil dan Pemurah, siapa yang berusaha maka dia akan dapat. Man jadda, wajada.
Termasuk lah usaha doa, moga dia akan dapat, moga Allah akan beri.
Ambil contoh perompak-perompak yang bertahun merancang rapi satu
rompakan besar di bank yang besar, dengan segala kelengkapan dan latihan
yang mereka jalani, kalau benar pada kaedah nya Allah izinkan juga
mereka peroleh tujuan itu. Tak begitu?
Tetapi boleh jadi, satu perkara
yang kita usahakan sehingga Allah izinkan itu adalah satu perkara yang
di luar keredhaan Allah namun kita tak sedar.
Di sini lah kerugian yang maha dahsyat nya, di sinilah kita sepatutnya risau, benar-benar risau.
Sudahkah kita khuatiri, samada aktiviti seharian yang kita buat, sudah buat atau bakal buat nanti benar-benar diredhai Allah?
HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK DISEMBAH
Bagi yang sedang belajar, nanti kita akan tamat belajar dan berkerja.
Ada pula yang akan berkahwin dengan pilihan hati, ada yang merancang
hendak memulakan perniagaan, ada yang merancang untuk berpindah menetap
di sesebuah tempat, dan bermacam-macam lagi yang kita rancangkan dan
usahakan – lalu kita berharap sangat Allah izinkan, tapi adakah kita
sudah khuatiri samada Allah redha dengan keputusan itu?
Kita sering menyebut ‘insyaallah’. Semua benda pun, insyaallah.
Dimana, ya, itu sangat bagus. Bukan bermakna tak elok menyebutnya pula.
Cuma, kita sangat bimbang dan mengharapkan izin Allah untuk kita
laksanakan sesuatu, kita mahukan sangat perkara itu berlaku sampai kita
sangat berharap Allah izinkan, dan kita ‘sebut-sebutkan’ pula yang kita
telah berusaha untuk nya. Tetapi, kita lupa hendak mengharapkan Allah
redha. Kita lupa hendak ‘bertanya’ pada
Allah, Dia redha atau tidak
dengan kehendak kita ni?
Bila mendapat sesuatu yang kita mahukan, kita akan berteriak “yayyy alhamdulillah!” Lagi, ya, itu sangat bagus. Haruslah kan! Tapi, kita lupa untuk berhenti sejenak dan ‘bertanya’,
“Allah…kau redha kah dengan ini dan ini? Kau tak kisah?”
Saudara muslimin muslimat sekalian. Kita sering terlupa, redha Allah
itu tersangat penting. Redha Dia lah yang melayakkan kita ke syurga,
kerana tak seorang pun dari kita akan ke syurga kerana amal kita,
hattakan Nabi sendiri.
Pada masa kita tertunduk lemah di hadapan
pengadilan Allah kelak, meskipun berbakul-bakul amal yang kita galas dan
persembahkan, ia langsung tidak akan menjadi tiket untuk kita ke syurga
kalau Allah tidak limpahkan rahmat dan redhaNya pada kita.
“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.”[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]
Amatlah menyedihkan dan merugikan andainya kita semua terlalu mengharapkan izin Allah sehingga lupa pada something yang paling penting yaitu Redha-Nya dalam segala hal dan urusan.
Jadi marilah kita selepas ni, cakap baik-baik dengan Allah apabila
kita mahukan sesuatu, bahawa kalau Dia redha sahaja maka izinkanlah.
Kalau Dia tidak redha sepenuhnya maka tak usah lah. Kerana yang kita
perlu kejar adalah bukan izin Nya, tapi izin DAN redha-Nya.
Apalah guna kita dapat apa yang kita usahakan, kalau Allah tak redha.
Ibarat seperti, apalah guna seorang pindah masuk rumah banglo yang
besar di bandar, kalau emak di kampung sembunyikan rasa terkilan dalam
hatinya.
Semoga kita terpelihara. Semoga kita sepanjang masa berusaha
melakukan perkara yang berpeluang besar untuk mendapatkan keredhaan
Allah. Dan ini boleh diukur dari sejauh mana kita mengikut syariat dan
sejauh mana kita ikhlas hanya kerana-Nya. Sentiasa lah merayu dan
meminta pada-Nya supaya Dia redha sepenuhnya sambil Dia izinkan.
Sentiasalah kita berhenti sejenak dan bertanya,
“Allah..kau redha kah dengan ini dan ini? Andai kau tak redha, jangan lah izinkan ya Allah. Biar aku terkilan kerana tidak dapat apa yang aku mahukan, asalkan aku tidak terlepas walau sesaat di dunia ini tanpa redha-Mu..”
Arakian, insyaallah wa radhiallah, semoga kita semua kekal ikhlas dan terus tabah beramal.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.”[Ar-Ra’d (13): 22]g
No comments:
Post a Comment