MPH , MidValley



As'salamualaikum , 

Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini dengan izin ALLAH . Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . Alhamdulillah , sekarang sudah bulan 12 . Akhir tahun katanya , semua dah berlalu . Pahit dan manis dirasai bersama-sama kawan-kawan . Yang keruh dibuang dan yang jernih di ambil . InsyaALLAH .



 Pelbagai ragam teman-teman sewaktu masih dibangku sekolah , kelakar , sedih , emosi dan sebagainya . Bercampur baur bagai nasi campur . Hehe . Pengalaman menyertai pelbagai aktiviti bersama , pertandingan juga sangat menyeronokkan . Percintaan monyet pun ada . Huhu , macam-macam .

Mudah-mudahan ukhuwah ini berkekalan sehingga ke akhir hayat . InsyaALLAH . Pada hari selasa lepas saya dan kawan yang lain pergi ke MidValley . Betul ke eja ? Mhuaa , janji ada sebutan ok (; . Ada pamera buku MPH . Pagi-pagi dah bertolak dari KTM , Kajang . SubhanaALLAH , ramai sangat orang . Tapi alhamdulillah , ada khas untuk wanita sekarang di KTM , jadi tidaklah berasak-asak dengan berlainan jantina . Pergi balik kena berdiri -__- . Sangat penat kaki . Nak tertidur pun ada . Saya beli tiket pergi balik . Alhamdulillah , dalam RM 5.20 . Walahualam .

Ini yang kedua kali naik KTM . Pertama kali sewaktu masih kecil . Pergi dengan orang dewasa ke Seremban . Kali ni yang kedua kali , dengan kawan-kawan . Alhamdulillah , dah sampai MidValley , cek tiket kan ? Tapi , waktu nak masuk kita semua main masuk aja . Hehe , tak ada orang jaga pun (: . Memang padat sangat , sebegitu ramai orang di sana . 

Banyak juga beli buku , kawan-kawan suka novel . Saya beli komik ! Ngee , masing-masing ada kesukaan masing-masing . Fulus banyak kena bawak kalau tidak habislah . Pagi tu , sarapan kena cukai pulak . Kat situ tulis RM6.20 lepas tu kata RM 7.20 pulak . Ohh -___- . Apa ni ! Cadangan nak makan makanan sampai tengahari supaya tengahari tak makan . Balik rumah lapar . Grrr . Bagaimana mereka hidup di sekitar tu . Huhu . Pandailah kita kena jimat duit . 



 Ok , lepas tu jalan-jalan tengok-tengok kedai lepas beli-beli buku . Tangkap-tangkap gambar dengan 'orang pegang pedang' . Haha . Orang yang pakai kostum tu , ada kat situ . Tangkaplah gambar buat kenangan kan ? Sudah menandakan waktu zuhur , carilah surau kat situ . Tanya punya tanya alhamdulillah jumpa juga . Komen saya , saya cadangkan surau diperbesar dan membasuh telekung-telekung di situ . Kerana ? Bukan sedikit orang yang datang nak menunaikan solat . Kalau kedai di situ boleh luas kenapa tidak surau . Itu pandangan saya . Alhamdulillah melihat ramai menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim dan muslimah . 

Ok , lepas tu jalan lagi . Makan ice-cream sambil duduk dalam kedai kasut Bata . Kat situ ada tempat duduk , apa lagi duduk ajalah sambil tengok pemandangan kasut . Hehe , kongsi makan dengan kawan itu asyik ! Dalam pukul 3.30 petang , kami bercadang nak balik . Tunggu kat KTM , memang ramai sangat orang sampai kita bertiga kena tunggu Train kedua sebab terlalu padat orang . Dua orang lagi dah balik . Tak sempat nak peluk-peluk dan bersalaman . Cuma sempat 
lambai aja . Huu . 


Alhamdulillah sampai kat KTM , kajang . Solat sekejap kat situ dan balik . Ayah dah tunggu kat luar . Hee , terima kasih ayah sebab sudi ambil dan hantar kami . Ngeee . Itu sahaja , cuma ingin berkongsi . Walahualam .





4 comments:

Faizal Ismail said...

Pertandingan ?

Al-ikhwan ke ?

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

As'salamualaikum , Al-Ikhwan ? Huu , tak . Macam tadarus ke , pantun ke , pertandingan yang biasa aja . pertandingan dekat sekolah . walahualam .

Shahirah said...

assalamualaikum w.r.t. wah,,bestnya...pergi shoping buku..hii

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Wa'alaikumussalam , hehe best (;


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !