Taubat seorang yang gilakan artis menyebabkan dia lupakan ALLAH

As’salamualaikum ,

Alhamdulillah ALLAH masih mempertemukan kita . Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang terunggul . Pada kali ini adalah sebuah cerita yang memberi pengajaran . Moga hayati dan ambil iktibar . Semoga bermanafaat

Sumber ‘ Ali B. Al-Husain berkata :

“ Kami mempunyai jiran yang terlihat taat beribadah . Dia seorang pemuda yang rajin bersolat sehingga bengkak-bengkak kakinya . Dan dia juga selalu menangis sebab takut / ingat kepada ALLAH sampai matanya sakit “

Pada suatu ketika keluarga dan jirannya berkumpul untuk urusan perkahwinannya . Kata sepakat hendak membelikan jariyah yang pandai menyanyi tanpa pengetahuannya tercapai .

Pada suatu hari ketika pemuda ini dengan khusyu solat , tiba-tiba jariyah tadi menyanyi dengan lantang sehingga mengganggunya , hatinya bagai terbang . . Dia gagal untuk menumpukan perhatian kepada apa yang sedang dia lakukan .

Seketika kemudian , pemuda ini mendengar suatu suara manja berkata kepadanya :

“ Wahai tuan , tuan telah membuang masa muda tuan dengan menolak kenikmatan dunia dalam kehidupan tuan , bilakah hendak bersama saya ? “

Rupanya rayuan manis ini telah meruntuhkan hatinya , maka dituruti ajakan jariyah tadi dan diregutlah madu kenikmatan dunia ini dengan sepuasnya yanga da wanita itu .

Akhirnya suasana buruk ini telah sampai kepada seorang sahabatnya yang masih memuji tentang rajinnya dia beribadah . Akan tetapi kemudian , sahabatnya merasa sedih terhadap perubahan yang terjadi . Ini membuatkan dia menulis sepucuk surat kepada pemuda ini di mana kadungannya antara lain menyebutkan bahawa dia mendapat berita tentang pembelian jariyah yang membuatkan dia menukarkan kenikmatan Akhirat dengan kenikmatan dunia , sehingga tiada lagi bacaan Al-Quran dan zikir yang selalu dibacakan . 

Sahabatnya ini lalu mengajak dia menyucikan keturunannya dan mengawal ketat keinginan syahwatnya agar jangan lagi tercebur di lembah kehinaan .

Sesudah pemuda yang gilakan artis ini membaca surat sahabatnya dengan teliti membuatkan nafasnya tertahan dan kurang makan dan tidur , lantas dia meninggalkan jariyah yang bajet itu . Di kala , itu datanglah beberapa orang jiran yang memberinya nasihat .

Sesudah dia berpisah dengan jariyah , tidak lama kemudian dia menghembus nafas yang terakhir .


Sesudah pemuda ini pergi , seorang penasihatnya bermimpi berdialog dengannya :


Penasihat : “ Apakah yang diperbuat ALLAH terhadap engkau kini ? “


“ ALLAH sungguh Maha Pemurah , Dia member saya Syurga “


Sejurus , pemuda yang meninggal itu bersyair :


“ ALLAH Tuan Arasy menggantikan untuk saya bidadari ; Berganti-gantian menuang minuman dan ucapan tahniah .


Dia menjemput : “ Minumlah tuan , inilah impi-impian anda ; “ Sejuk mata bersama pelayan-pelayan dan bidadari .


Alangkah seronok terlepas dari dunia dan rasa cemas ; Dari segala kesalahan dan janjian buruk dalam Surah-surah bermula Taa Siin ( Al-Quran ).


Sumber : Buku berjudul ‘PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA LUAS’ karya Abdullah Al-Qari B Hj. Salleh . Walahualam .

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !