Jangan pandang kecil kepada sebaik-baik Ibadah






As'salamualaikum , selamat berpuasa . Alhamdulillah , segala pujia bagi ALLAH yang sudah menciptakan langit dan bumi ini dengan sesempurnanya , dan buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kita sentiasalah mendoakan baginda dan berselawat untuk baginda dan para sahabat baginda  , insyaALLAH . 


Tajuk entri kali ini setelah sekian lama menyepi tanpa klu yang dapat dikenal pasti akhirnya bertemu kembali dengan izin ALLAH dan masa yang sangat cemburi buat diri setiap manusia . Baiklah , berhubung kait dengan tajuk kali ini berkaitan ' Jangan pandang kecil kepada sebaik-baik ibadah ' . Definisi yang dapat saya tafsirkan adalah , jangan kita meremeh temehkan atau memandang sebelah mata pada ibadah yang sebenarnya dalam fikiran kita hanya kecil sahaja tapi sebenarnya besar ganjarannya jika kita lakukan LILLAHI TA'ALA . 


Hubungan individu muslim sejati dengan AL-QURAN tidak boleh dipisahkan lagi . Ibarat aur dengan tebing . Ibarat isi dengan kuku . Apa tidaknya , ia soal keimanan yang sangat asasi . Ia soal hubungan rohaniah antara hamba dengan Penciptanya , ALLAH SWT . Hubungan pengibadatan dan cinta tahap tertinggi . Apakah saya sendiri sudah mencapai tahap seperti itu ? Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui tentang diri saya ini . 


Manifestasi cinta mukmin terhadap Kitabullah itu dapat dilihat lahir dan terserlah sama ada dalam bentuk : 

1 ) Pembacaan 

2 ) Pembelajaran 

3 ) Pemahaman 

4 ) Penghayatan 

5 ) Kajian 

6 ) Penyelidikan 

7 ) Perlaksanaan 

8 ) Pengajaran 

9 ) Penyebaran yang berterusan 





Sesungguhnya sesiapa sahaja yang terlibat dalam semua bentuk amalan dan tindakan yang lahir daripada manifestasi cinta agung itu berpeluang meraih nilai ganjaran yang amat besar di sisi ALLAH SWT baik di dunia mahupun di akhirat . Dalam konteks pembacaan ( tilawah ) sahaja , kita sudah dapat melihat bagaimana hebatnya kemuliaan yang ALLAH SWT  berikan pada setiap pembacaan AL-QURAN : 


>> MEMPEROLEHI KEBAIKAN ( KEBAJIKAN ) YANG BANYAK <<


Sabda Nabi S.A.W : 

" Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab ALLAH , maka baginya satu kebaikan . Dan satu kebaikan ( digandakan ) dengan sepuluh kebaikan seumpamanya . Tidak aku katakan ' Alif Lam Mim ' itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf , Lam satu huruf dan Mim satu huruf " 
                              [ Riwayat At-Timizi ] 


Bacaan buku mana , karangan mana , manuskrip mana yang memberikan pulangan paling berbaloi dan paling hebat selain AL-QURAN ? Sekadar membacanya sahaja sudah menjadi satu ibadah walaupun tanpa difahami . Apalagi  kalau dapat difahami dan dihayati . 



>>  BEROLEH SYAFAAT AL-QURAN  <<


Sabda Raulullah S.A.W : 

" Bacalah olehmu akan AL-QURAN , sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya " 
                                          [ Riwayat Muslim ]


Ya Salam . . . Al-Quran kenal siapa yang menatapnya , siapa yang menyentuh dan menjamahnya , siapa yang mengucupnya , siapa yang mempelajari dan menghayatinya , bahkan ia kenal amat siapa yang melaksana , menyebar dan memperjuangkannya .  Ia tidak terhenti sekadar kita . Setelah mengenali mereka yang benar-benar mencintainya , ia akan tampil di Yaumil Mahsyar untuk memberi syafaat ke atas mereka dengan izin ALLAH SWT .


PERSOALAN : Dengan bentuk ( tahap ) interaksi antara kita dan AL-QURAN seperti apa yang ada sekarang , agak-agaknya apakah AL-QURAN benar-benar mengenali kita hingga kita layak mendapat habuan syafaat daripadanya ? 


>> IBADAH TERBAIK <<


Sabda Rasulullah S.A.W : 


" Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca AL-QURAN "
                                                                                                    [ Riwayat At-Tirmizi ]


Lihatlah , tanpa perlu tertanya-tanya dan tercari-cari lagi apakah ibadah terbaik untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT , Nabi S.A.W dari awal-awal lagi mewar-warkan kepada seluruh umat berkenaan hal itu . Realitinya , ibadah dan amalan baik yang diperintahkan mahupun digalakkan agama sememangnya BANYAK . Tak terkejar kita dibuatnya . Namun , Rasulullah S.A.W sentiasa sahaja memberi tip-tip istimewa kepada kita sebagai panduan dalam beramal . Seandainya baginda S.A.W menyebutkan bahawa ada amalan-amalan terbaik di kalangan seluruh amalan , bermakna baginda memberi kita panduan mengenai aulawiyyat yakni keutamaan di antara yang utama .


Inilah di antara Rahmat kerasulan Nabi Muhammad S.A.W . Tinggal untuk diamal dan dilaksanakan sahaja oleh kita dan diri saya terutamanya . Dengan membuat amalan terbaik , mudah-mudahan kita menjadi hamba yang terbaik di sisi ALLAH SWT . 


---- Sumber : Buku berjudul Bawa Hatimu kepada Tuhan karya Amaluddin Mohd Napiah ---


P/S : Maka mari saya dan anda semua perbaharui masa kehidupan seharian , jika sebelum ini kita membaca AL-QURAN sekali seminggu , apa kata kita lakukan sehari sekali atau sehari sehelai dan dua muka surat ayat AL-QURAN . Yang lebih baik , setiap kali solat fardhu dengan membaca dua helai muka sukar sekurang-kurangnya . Ingat , buat sekadar mampu kita . Jangan kita merasa berat kerana ALLAH tidak pernah menyulitkan hambaNya kearana Dia ingin bantu kita masuk ke syurgaNya . Jadi , kita sahutlah dengan TAAT dan LAKUKAN . Walahualam




















                                                                                                                 
                                                                                                                    





















































No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !