Bolehkah melintas di hadapan orang yang sedang solat ?

As'salamualaikum semua , Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan buat kita , hambaNya yang lemah ini memohon keampunan kepadaNya dan mari kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , yakni manusia yang sempurna . Semoga baginda di tempatkan di dalam syurga Allah itu . Amin .

 

Baiklah , hari ini saya ingin mengupas tentang solat . Solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang kita pelajari dari kecil oleh ibu , ayah dan cikgu kita . Alhamdulillah , sangat beruntung orang yang dapat merasai nikmat solat itu sendiri sehingga tidak tahu bagaimana ingin diperkatakan bahawa nikmat itu sungguh indah bagi yang merasa . Allah Maha Pemurah

Berbalik kepada perkara dominan yang ingin saya kupaskan di sini adalah tentang hukum berjalan atau melalui di hadapan orang yang sedang solat . Perbuatan sebegini sering kali terjadi dan ramai yang buat endah tak endah malah hal seperti ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main . Banyak ulama muktabar yang telah membincangkan hal ini berserta dalil-dalil yang diambil dari kitab-kitab terpilih dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Ketahuilah wahai saudara dan saudariku , syarak mengajar dan menyuruh sesiapa yang hendak bersolat di tempat yang mungkin dilalui oleh orang ramai supaya mengadakan sutrah dihadapannya . Apakah itu sutrah ? Sutrah bukannya kain seperah yang digunakan untuk alas makanan semasa kenduri kendara itu . Sebaliknya , sutrah ialah penghadang atau sekatan . Ramai di antara kita yang memandang remeh tentang hal ini kerana beralasan ia cuma sunat , sebalinya ia amat diberi penekanan oleh Rasulullah S.A.W .

" Apabila baginda S.A.W bersolat (di tempat terbuka yang tiada suatu pun membatasinya) , baginda S.A.W akan mencacakkan tombak di hadapannya , lalu solat menghadap tombak tersebut , sedang para manusia bersolat di belakangnya "
Hadis Al-Bukhari , Muslim dan Ibn Majah

 


Sesiapa yang ingin melintas di hadapan orang yang sedang solat , dia hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatannya membawa kepada dosa .



Nabi S.A.W pernah bersabda : " Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan orang yang sedang solat , berdiri sambil menunggu 40 tahun adalah lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang solat itu "
Hadis Riwayat Bukhari : 510 & Muslim - 507









p/s : Semoga bermanafaat buat semua agar dapat kita semua jadikan ia sebagai sempadan agar lebih berhati-hati dalam perkara ini . walahualam .



4 comments:

MonsieurKimi said...

asalamualaikum , bagaimana jika beradi masjid al haram dan masjid nabawi ketika musim haji ?
rmai sungguh orang yang lalu lalang .... mahu atau tidak kita kena lalu jugak .. adakah dikira dosa besar jugak ?

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Wa'alaikumussalam , lebih baik solat di tempat yang tidak terlalu bising dan di tempat yang tidak dilalui orang . Sebaik-baiknyalah , pernah suatu ketika , ketika baginda Rasulullah S.A.W sedang bersolat . Lalu baginda S.A.W maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu di belakang) . Lebih baik kita jauhkan daripada berlaku dan hendaklah ditolak sejauh kemampuan kita sebanyak dua kali . Jika masih berkeras , dia adalah syaitan . walahualam .

MonsieurKimi said...

ooo .. mcam tu rupenye ..
Barakallahufikum ..
hurm tidak ada pengecualian ? bukan wktu haji tu rmai dan bersesak2 nk masuk ... payah nk cari tempt yg tk bising dan tempat yang tidak dilalui orang ..

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Hm , walahualam saya kurang pasti tentang itu . Cuba anda tanya kepada ustaz-ustaz yang lebih pakar .


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !