وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Ertinya : “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
Penjelasan : Sebab tersilap faham ayat tersebut, seseorang akan tertanya-tanya : Bolehkah kita berdzikir dan berdoa dengan memekik ataupun meninggikan suara sedangkan ayat tersebut melarang kita berbuat demikian?
Oleh yang demikian untuk menjelaskan ayat yang tersebut di atas kenalah mengetahui dan memahami sebab turunnya dan kaitannya dengan ayat sebelumnya.
Ayat sebelumnya adalah ayat 204 Surah al-‘Araf iaitu ayat
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
Imam An-Naisabury
di dalam kitabnya [1] berkata :

عن أبي هريرة في هذه الآية: {وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ} قال:
نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.
نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah

وقال قتادة: كانوا يتكلمون في صلاتهم في أول ما فُرِضت، كان الرجل يجيء فيقول لصاحبه: كم صليتم؟ فيقول كذا وكذا. فأنزل الله تعالى هذه الآية.
Berkata Qatadah

وقال الزُّهْرِي: نزلت في فتى من الأنصار كان رسول الله عليه السلام كلما قرأ شيئاً قرأ هو، فنزلت هذه الآية
Berkata pula al-Zuhri


وقال ابن عباس: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في الصلاة
المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية
.
المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية
.
Berkata pula lbnu al ‘Abbas



وقال سعيد بن جبير ومجاهد وعطاء وعمرو بن دينار وجماعة: نزلت
في الإنْصَات لإمام في الخطبة يوم الجمعة.
Menurut Sa’id bin Jubair




Dengan penjelasan tersebut dapatlah kita fahami maksud ayat 205 rnemerintahkan agar, ingatlah Tuhan di dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut dan bukan dengan suara keras, asal maksud perintah tersebut adalah ketika di dalam sembahyang berjamaah agar tidak nengganggu jamaah yang lain lebih-lebih lagi kepada imam.
Namun mengenai berzikir dengan suara yang keras para ulama menjelaskan, harus berzikir dengan suara yang kuat, keras dan harus memekik tetapi dalam keadaan pekikan yang hendaklah dikawal sehingga tidak memudharatkan diri.
Di antara ulama yang mengharuskan jahr (menguatkan atau mengeraskan suara sekalipun di dalam masjid) adalah al-Imam Jalaluddin as-Sayuthi
. Beliau menyatakan di dalam kitab [2] beliau seperti berikut:

Seseorang bertanya kepada beliau, “Sudan terbiasa para ulama sufi mengadakan majlis dzikir dan menguatkan suara di masjid-masjid dan mengangkat suara dengan tahlil, adakah itu makruh atau tidak?”
Beliau (Imam Sayuthi
) menjawab, “Sesungguhnya tidak makruh pada yang demikian. Terdapat hadis yang banyak menyatakan galakan/sunat menguatkan suara dengan dzikir. Terdapat juga hadis-hadis mengalakkan/mensunatkan memperlahankan berdzikir dan terdapat juga hadis-hadis yang mengalakkan/mensunatkan himpunan kedua-duanya sekali menguat dan memperlahankan berdzikir. Dan itu adalah berlain-lainan dengan berlain-lainannya hak dan keadaan dan orang-orang yang berkenaan.”

No comments:
Post a Comment