Memaksimumkan keupayaan otak .










Kita berfikir untuk menyelesaikan masalah matematik , merangka ayat untuk menulis karangan atau merancang sesuatu menggunakan otak . Otak ialah anugerah Allah yang paling bernilai bagi setiap manusia . Manusia punyai akal dan otak sedangkan haiwan hanya memiliki otak bukan akal . Itulah yang membezakan antara manusia dan haiwan .

Otak kita mempunyai dua bahagian utama iaitu otak kanan dan kiri . Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan , nombor , kebolehan saitifik , metematik , bahasa dan lebih kepada hafalan . Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama , imaginasi , warna , khayalan , ilham , corak , dimensi dan lebih kepada kesenian dan kreativiti .

Mengikut pakar motivasi , orang yang lebih menggunakan otak kiri lebih pandai daripada yang lebih menggunakan otak kanan . Tetapi orang yang menggunakan kedua-dua belah otaknya lebih pandai dari orang yang menggunakan sebelah sahaja otaknya . Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti yang boleh merangsang kedua-dua belah otak tersebut .

Sebagai perumpamaanya , orang yang dapat menggunakan kemahiran kedua-dua belah tangannya untuk menulis , tentunya lebih baik daripada mereka yang dapat menggunakan kemahiran sebelah tangan sahaja . Begitu juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan menggunakan kemahiran kedua-dua belah kakinya , sudah tentu lebih baik daripada pemain yang hanya mempunyai kemahiran bermain dengan sebelah kaki sahaja .

Begitulah juga dalam penggunaan otak manusia . Untuk manusia menjadi insan yang lebih berketerampilan dan seimbang dari aspek rohani dan jasmani sewajarnya ia perlu berkemahiran menggunakan kedua-dua belah otaknya dengan berkesan semasa berfikir .




KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BELAH OTAK



Persoalan yang timbul , adakah kita menggunakan kedua-dua belah otak dengan bijaksana ? Umapamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menggambarkan pelajaran atau adakah otak kanan selalu digunakan untuk berimaginasi masalah peribadi , angan-angan kosong , dendam , hasad dengki dan perasaan yang tidak berhubung kait dengan pelajaran ?

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan pelajaran , maka masanya telah tiba untuk anda kita semua menghapuskan semua khayalan dan imaginasi kosong . Gunakan setiap saat yang ada untuk khayalan bagi membayangkan isi kandungan pelajaran .

Teknik pembayangan perlukan penumpuan . Penumpuan yang serius dan terfokus amat perlu . Sebaik-baik suasana ialah dalam keadaan sunyi sepi seperti semasa berehat , berbaring sebelum tidur malam , semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran , semasa di dalam bas atau teksi , semasa di stesen bas dan lain-lain .

Sebagai contoh , kita ambil sewaktu suasan berbaring sebelum tidur . Bilik sudah gelap . Keadaan sunyi sepi . Dalam suasana ini , tenangkan fikiran . Mula bayangkan soalan-soalan , rajah , sifir , graf dan apa-apa juga yang telah anda pelajari . Bayangkan apa yang telah anda pelajari di sekolah siang tadi satu persatu .



Untuk menguatkan tumpuan , anda boleh menulis atau melakar apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk anda . Amalkan ini setiap malam . Soal diri kita , satu ke satu soalan , mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur . Ulangi apabila terbangun di tengah malam . Amalkan teknik ini dari sehari ke sehari , minggu ke minggu , bukan ke bulan . Apabila ruangan khayalan ini dopisitifkan dengan fikiran yang sihat , anda akan rasakan hasil usaha ini . Bagi kita yang belum mengamalkannya , cubalah mula dari sekarang . Walahualam .




KATA-KATA : KURANG SEMANGAT MENGAKIBATKAN LEBIH BANYAK KEGAGALAN BERBANDING KURANGNYA KEBIJAKSANAAN ATAU KEMAHIRAN .

1 comment:

Tuan Muhammad Amin Abdullah said...

that's so true...sy boleh guna kedua belah otak sy...sy boleh menulis dgn menggunakan kedua belah tgn, sepak bola dgn kedua belah kaki, dan apa2 kerja sy boleh menggunakan kiri dan kanan..sy tak tahu mcm mana kemahiran ni developed sbb sy gunakan kiri @ kanan ikut keselesaan sy & sy tak pernah melatih salah 1...paling hebat, sy boleh menulis kiri dan kanan serentak..thanks for the post, very like it.


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !