As'salamualaikum ,
Dunia yang semakin hari semakin maju . Semuanya maju . Manusia juga maju . Teknologi juga maju . Makanan juga maju . Pakaian juga maju . Everything change other day to other day . Allah yang tentukan semuanya kerana Dia lebih mengetahui . Berkenaan dengan teknologi terkini sudah semestinya internet . Pelbagai input yang boleh diperolehi melalui internet . Ada baik dan buruknya jugak kan . Tak semua buah itu manis , ada juga masamnya . Buruk lebih banyak berbanding baik yang dapat dilihat apabila manusia mula mengenali internet ini
Orang yang menggunakan internet adakah juga akan berubah ? Walahualam , bukan semuanya yang telah gunakan internet untuk tujuan yang salah tetapi ada banyak juga yang menggunakan internet dengan cara yang betul . Gunakan internet untuk perkara yang berfaedah bukan yang sia-sia . Lagipun , Allah sangat menyukai hambaNya yang menggunakan masa itu dengan perkara yang bermanfaat . Juga boleh melakukan sambil berzikir . Pahala makin bertambah pahala dan aturan kerja akan bertambah mudah .
Semestinya kita akrab dengan teknologi terkini . Facebook , twitter , Myspace adalah antara laman-laman sosial yang hebat diperkatakan dewasa ini . Selain boleh mengeratkan lagi hubungan dengan semua rakan-raka , medium ini juga disifatkan berkesan untuk memperoleh teman berbual . Malah , boleh juga meluaskan jaringan pergaulan dan mendapatkan pelbagai informasi . Tapi masalah juga akan timbul sebabnya kenalan yang tak pernah kenal mulalah ingin mengenal . Tidak semua orang yang menjadi kawan kita menerusi laman web sosial itu boleh dilabelkan ' menyenangkan ' , tidak semua informasi yang kita perolehi dari rakan siber itu bermanfaat . Sebab itu , kebijakan menjaga diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif .
INGIN MENGETAHUI CARA SELAMAT BERSOSIAL
'SETTING' MULA PROFILE KAMU PILIHAN MENU 'PRIVATE'
menerusi setting ini , orang yang berada dalam senarai rakan kita sahaja boleh melihat update di halaman kamu . Hindari memberi alamat atau no telefon secara lengkap jika kita ingin berhati-hati .
BERHUBUNG DENGAN RAKAN YANG DIKENALI
bukan sahaja boleh dihindari dari diganggu oleh orang yang tak dikenali malah akan melindungi kita dari serangan virus yang boleh merosakkan komputer . Jadi , mesti semua orang sayangkan komputernya kan ! Jadi jangan cari pasal dengan benda yang anda sayang . Hargai benda itu . (:
LEBIH BAIK JANGAN LETAK FOTO
ingat ! halaman profile boleh diakses oleh orang lain . Jadi langkah awal lagi harus kita ambil supaya info peribadi kita tidak di ambil kuasa .
JANGAN MUDAH PERCAYA
jadilah super spies dulu kalau tak nak nasi menjadi bubur . Jangan menyesal kemudian kerana badan sendiri akan merana . Tidak semua orang itu jujur , jadi berhati-hati sebelum kita diperhatikan .
TIDAK SALAH MENERIMA KAWAN BARU
berhati-hati juga agar rakan yang dikenali itu kamu terima dia hanya dengan niat ingin bersahabat dengannya . Masing-masing tegur akan kesalahan . Menasihati sesama sahabat . Tolong sahabat anda jika mereka memerlukan bantuan tetapi juga di masa mereka senang . Jangan sampa jadi kacang melupakan kulit . Senarai sahabat kamu itu juga bukanlah 'stalker' .
STATUS
jangan jadikan 'status' sebagai tempat melampiaskan perasaan marah anda . Masih banyak perkataan dan ayat yang lebih baik untuk distatuskan seperti kata-kata semangat , hadis , kata-kata Allah dari Al-Quran , info yang berguna untuk semua .
p/s : Sampai sinilah dulu taw semua . Kita tak berapa pakar dalam bidang penulisan ni . Masih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan kualiti mutu bidang penulisan ini . Jika ada yang kita salah tulis dan telah membuatkan yang lain terasa pada penulisan kita ini , mohon maaf dari kita . Yang baik itu datang dari Allah dan salah itu dari kesilapan kita sendiri yakni seorang hamba Allah yang lemah . Anda pembaca yang dirahmati Allah lebih mulia disisiNya .
No comments:
Post a Comment