As'salamualaikum..
sebenarnya, nak khusyuk dalam solat ni, tiada cara yang khusus. Ia bergantung kepada diri kita juga. Sebenarnya, bila kita hendak mencapai khusyu' di dalam solat, maka kita perlu bermula dari ketika kita berjalan hendak mengambil wudhu' lagi. Ketika itu, kita sepatutnya sudah fokus untuk solat, dan memutuskan segala hal-hal yang tidak berkaitan. Kita sempurnakan wudhu' kita sesempurna mungkin, dan apabila kita solat, bayangkanlah bahawa kita sedang berhadapan dengan ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda ketika Jibril bertanya kepadanya berkenaan Ihsan, jawab Rasulullah SAW,
” Kamu beribadah kepada ALLAH seakan-akan kamu sedang melihat ALLAH, tetapi jika kamu tidak dapat membayangkanya, maka ketahuilah bahawa ALLAH tetap melihat kamu”
Keyakinan ini perlu wujud dalam diri kita jika hendak mencapai khusyu'. Jika kita berada di hadapan Sultan, kita boleh segan, menumpukan sepenuh perhatian, maka apatah lagi bila kita berdiri di hadapan ALLAH SWT? SULTAN segala sultan, RAJA segala raja, PENCIPTA segala pencipta.
Antara cara lain untuk khusyu' adalah memahami apa yang dibaca ketika solat. Antara sebab susah hendak khusyu' adalah kerana kita tidak memahami apa yang kita baca. Sebab itulah kita tidak dapat fokus. Ada ulama' pula, dalam menerangkan cara dia mencapai khusyu', dia berkata,
” Ketika aku berdiri untuk solat, maka aku membayangkan bahawa aku sedang berdiri di atas titian sirat, di bawah ku adalah neraka, dan di hadapanku adalah syurga”
Ada pula yang menyatakan,
” KEtika aku hendak solat, maka aku akan membayangkan ini adalah solat yang terakhir, dengan Izrail sedang mengusap-usap kepalaku untuk mengambil nyawaku. Maka aku solat dengan sepenuh jiwa dan ragaku”
Saidatina Aisyah RA ketika ditanya bagaimana Rasulullah SAW solat, dia berkata
” Ketika waktu solat telah tiba, baginda seakan tidak mengenali kami, dan kami tidak mengenalinya”
Itu menunjukkan khusyuk, bermula sebelum solat lagi.
Tetapi perbahasan khusyu' ini luas. Khusyu' tak semestinya terputus terus dari dunia. Hal ini kerana, pernah satu ketika, ketika Rasulullah SAW solat berjemaah dengan para sahabat, bila tiba waktu sujud, baginda sujud teramat lama. Ada sahabat yang sudah kerisauan kerana menyangka bahawa Rasulullah SAW sudah dipanggil pergi oleh ALLAH ketika solat. KEtika Rasulullah selesai melakukan solat, sahabat-sahabat bertanya kepada baginda, kenapa baginda memanjangkan sujud. Rasulullah bersabda,
” Tadi cucu-cucuku, HAssan dan Hussein sedang menaiki tubuhku ketika aku sedang sujud. Justeru aku lamakan sujudku, kerana risau mereka akan terjatuh jika aku bangun”
Adakah Rasulullah SAW tidak khusyu' ketika itu? Mustahil Rasulullah SAW tidak khusyu'. Ini menunjukkan bahawa, khusyu' bukanlah memutuskan hubungan kita dengan seluruh dunia. Ada ulama' menyatakan bahawa khusyu' itu adalah, kita sedar apa yang kita lakukan di dalam solat.
Sebenarnya, ada dalil kata tak boleh pejam mata waktu solat. Tetapi menurut Imam Al-bayhaqi, hadith itu adalah dho'if.
Tetapi sebenarnya, pejam mata ini adalah harus jika ketika kita pejam mata itu, benar-benar boleh mendatangkan khusyu'. Ini bergantung kepada seseorang itulah. Ada juga orang yang pejam mata, lagi la dia nampak yang bukan-bukan. Hukum dalam hal pejam mata ni, bolehlah dikatakan berbeza mengikut keadaan orang. Kalau dia jenis pejam mata khusyu', maka jadi haruslah untuk dia. Kalau dia pejam mata jadi makin tak khusyu', maka jadi makruhlah untuk dia.
Sebenarnya, tegahan dari memejam mata ini, asalnya untuk menjaga diri dari bahaya ketika melaksanakan solat.
“Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking” ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )
Dalam hal pejam mata ni, Imam An-Nawawi ada berkata,
“Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda” ( Al-Majmu', 3/261 )
ingin tahu lebih lanjut search ini : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=490&Itemid=90
.
.
.
.
.
.
SEBELUM SOLAT
Memperbaiki wuduk .
Kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan wudhuk -
Rasulullah s.a.w bersabda :
" barangsiapa yang memelihara baik-baik solat lima waktu dan menyempurnakan wudhuknya , menjaga waktu-waktunya , maka hal itu akan menjadi cahaya hujah dan bukti baginya pada hari kiamat " ( diriwayatkan daripada muslim )
Rasulullah s.a.w bersabda : " Bersihkan mulut-mulut kalian dengan Al-Quran "
Menutup aurat
SEMASA SOLAT
Tuma'ninah di dalam solat
Mengingat kematian di dalam solat :
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Ingatlah kematian di dalam solatmu , sesugguhnya jika seseorang mengingat kematian di dalam solatnya , maka ia harus memperbaiki solatnya , solatlah seperti solat seseorang yang mengira dirinya tidak akan menunaikan solat setelah itu "
Menjauhkan semua yang dapat menyibukkan anda di dalam solat
Memilih tempat yang tidak terlalu panas
Memilih tempat yang jauh dari kebisingan dan kesibukan .
Membaca dengan perlahan-lahan sambil mentaddabur dengannya
Solat dihadapan tadbir dekat dengannya
Melihat ke tempat sujud
SUMBER : LANGIT ILAHI :
R
No comments:
Post a Comment