Radio Hati



As'salamualaikum , 


bunyi air turun
manusia senyap di malam hari
kedengaran hanya
angin dari kipas bilikku
danjarum jam dinding bergerak

malam yang sunyi itu merupakan seribu malam yang penuh dengan cerita serta rahsia tersendiri. masalah yang timbul pada malam itu datang bertimpa-timpa padaku. aku tidak tahu kenapa dan bagaimana kekangan ini terjadi. apakah aku sendiri yang menyebabkan semua ini berlaku? atau orang lain? mari kita sama-sama selami dan hayati apa yang terjadi pada 9.05.2010 itu !




tiada ribut, puting beliung mahupun ribut petir. yang ada hanyalah hujan yang turung tanpa henti, bunyi mercun, radio yang dipasang, azan berkumandang, melihat manusia sujud pada TuhanNya dan seorang gadis yang baru balik dari solat terawih




sebelum aku pergi menunaikan solat sunat itu, aku telah mengirimkan mesej kepada dia. DIA seorang jejaka. DIA sentiasa serius dalam apa yang dikatakan. DIA tidak suka berpatah balik pada masa lalu. DIA juga tidak pernah rasa menyesal dalam membuat sesuatu keputusan kerana DIA pernah berkata 'Allah tidak akan pernah zalim pada hambanya'.




tepat jam 10.15 aku melihat kembali telefonku samada dia membalas atau tidak. rupa-rupanya dia tidak menjawab lagi. aku merasa dia sedang study tetapi dia juga baru pulang dari menunaikan solat terawih. tanpa disedari ketika aku sedang melayang FB mesej datang tiba-tiba. dengan senyuman yang lebar aku membalas balik mesej tersebut.


tetapi senyumanku sementara. musibah yang menimpa dia dan aku. lumrah kehidupan memang sebegitu. seperti roda yang berpusing. kadang-kadang kita akan kebawah juga dan tidak semestinya diatas sahaja. dunia yang bukan milik kita ini janganlah sesekali kita bersikap takbur.




selepas daripada itu, aku merasakan diriku tidak layak untuk dia. dia juga bukan calang-calang orang. semua mengenalinya. tetapi dia tetap dengan pendirian dia. dia pernah berkata 'semua yang hidup di dunia ini semuanya sama dan tidak ada yang kita perlu bezakan'. namun, kejujuran serta keberanian dia membuatkan aku percaya bahawa dia jejaka yang baik. dia seorang yang matang dalam berfikir dan ketika berkata-kata. aku berharap kata-kata yang diucap itu akat menjadi kenyataan.




masalah yang dia hadapi aku berharap agar Allah meringankan segala yang dihadapinya. jadikan dia jejaka muslim yang tabah. Allah sangat sayang padanya dan ingin menguji tahap imannya. aku selalu berdoa yang terbaik untuk dia. semoga doa-doaku didengari oleh Allah.




otakku yang kusut memikirkannya dengan segera mengambil wuduk dan membaca ayat suci al-quran. dengan hati yang sebak aku kuat untuk tidak menjatuhkan air mataku. al-quran temanku. hatiku kembali tenang dan boleh menerima ini semua dengan redha kerana segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. bukan dengan sengaja Allah lakukan sesuatu terhadap hambanya. tetapi Allah lakukan dengan sebab dan hikmah yang tersendiri.




filem ayat-ayat cinta yang ditayangkan pernah mengeluarkan skrip berbunyi ini 'jodoh itu RAHSIA ALLAH' . kerana itu manusia ini hanya merancang tetapi yang tentukan adalah ALLAH SATU. aku percaya pada itu. bak kata orang 'kalau ada jodoh tidak kemana'. tetapi sebagai hambanya jangan pernah untuk kita berputus-asa berdoa agar diberikan jodoh yang merupakan seorang muslim atau muslimah yang terunggul. jika kita baik jodoh kita juga akan baik juga.



                                                                                         
CINTAI ALLAH
CINTAI RASULULLAH
CINTAI IBU
CINTAI IBU
CINTAI IBU
CINTAI AYAH
CINTAI SEMUA

2 comments:

Zharif Azis said...

suke ngan ayat2 fatin :) gamba sume cantek2 .

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

thnk ustaz. Hanya Allah sje dpt membls :)


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !