As'salamualaikum.
Kata orang, kita kena pandai memilih kawan.Melalui kawan juga, peribadi kita mudah dinilai dan ditafsir orang.
Kalau kita dikelilingi oleh kawan yang pemabuk, tahi judi dan kaki perempuan, umpamanya, biasanya sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan kelakuan kita, kalau tidak sekarang akan datang.Kalau kita kaki masjid dan surau, di situlah kebanyakan masa kita biasanya dihabiskan.Kalau kawan kita pula kaki ponteng sekolah ataupun kerja, pencinta Facebook dan hebat bab gosip sekolah atau pejabat. . . kita pulak . .
Dalam bab ini, bijak pandai juga ada mengatakan, untuk mengetahui kekurangan diri, jangan tanya pada kawan baik tetapi lihat apa yang musuh katakan.Lazimnya,musuh tahu kelemahan kita manakala kawan baik pula cuba menutup kelemahan itu dengan menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.
Jaga hati kawan kesimpulannya. Inilah dunia.Tidak akan dinamakan dunia,kalau hidup tanpa kepura-puraan, pembohongan,kepalsuan dan macam-macam lagi.Lantaran itu, dalam dunia yang dikatakan akan musnah tahun 2012, ada kawan baik dan kawan jahat.
Ada juga kawan yang nampak baik tapi jahat dan kawan yang dianggap jahat tapi sebenarnya baik.Kata orang, kalau hendak tahu kawan yang baik, lihatlah mereka pada masa kita susah. Kawan gelak ketawa dan menghabiskan duit ramai tapi kawan yang berkongsi kesusahan boleh dibilang dengan jari.
Suami isteri pun kadang-kadang ada yang begini. Bila suami susah, kata isteri itu 'bahagian' suami. Begitu juga suami, bila isteri derita sakit, suami bukan berkongsi musibah itu sebaliknya buka 'cawangan' baru. Jadi, nilailah kawan kita - kawan dekat dan kawan jauh, termasuk juga suami isteri. Jangan lupa, nilai juga diri sendiri sama ada kita kawan masa senang atau susah.
Bagi yang tidak ada kawan atau semakin ramai kawan melarikan diri daripada kita, itu pun nak kena nilai. Kenapa ia berlaku? Tentu ada yang tidak kena pada diri kita?Dalam era Facebook, kita mudah mendapatkan kawan maya, kawan yang hanya kita kenali melalui alam siber. Pencinta
Facebook lagi kena berhati-hati bila berkawan. Ini disebabkan ramai juga yang masuk perangkap dan dijadikan 'keldai dadah'. Ganjaran menjadi 'keldai dadah' jika tertangkap boleh jadi riwayat kita berakhir di tali gantung.
Memandangkankawan kita kawan antarabangsa - merentasi sempadan - kita kena lebih menilai mereka supaya kita tidak jadi mangsa kawan makan kawan. Kita juga tidak mahu dijadikan 'bank' kepada kawan maya kita. Kalau mereka kesempitan wang, hanya perlu minta kepada kita dengan hanya menggunakan ayat-ayat yang power
Oleh itu, berwaspadalah bila mempunyai kawan maya yang tidak dikenali. Ini kerana kawan teknologi canggih itu mempunyai seribu wajah.Bila kita lalai, wajah baiknya boleh berubah menjadi wajah hitam. Cuba lihat fakta ini. Seramai 785 daripada 1560 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara merupakan 'keldai dadah'.Lebih membinbangkan 149 daripada mereka merupakan wanita.Seramai 70 daripada mereka pula telah dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadahsejak 1991.Mangsa yang terperangkap itu pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Biasanya, kita hanya berasa sedih bila mengetahui yang ditahan di luar negara akibat 'keldai dadah' adalah orang yang paling dengan kita. Kalau kita melibatkan orang lain, kita anggap biasa saja, macam kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.
(dipetik dari surat khabar KOSMO!)
(mudah-mudahan kita semua sebagai rakyat Malaysia mendapat iktibar dari tragedi yang telah terjadi seperti ini agar kekangan ini tidak lagi berlaku di Malaysia, negara kita yang tercinta)
(mudah-mudahan kita semua sebagai rakyat Malaysia mendapat iktibar dari tragedi yang telah terjadi seperti ini agar kekangan ini tidak lagi berlaku di Malaysia, negara kita yang tercinta)
No comments:
Post a Comment