Virus Hidup



As'salamualaikum , 

selamat bertemu kembali setelah sekian lama kita terpisah ..
sangat seronok bila aku dapat tulis di keyboard laptop ku sendiri setelah sekian lama aku tidak boleh menggunakannya kerana masalah 'kesihatan' laptopku yang tidak memberangsangkan. bila aku kembali menulis semula terasa banyak sekali yang inginku kongsikan kepada semua tentang 'perit' ku kerana sudah lama menghilangkan diri. namun, dalam suka dan duka ada juga manisnya. hidupku sekarang berbeza dengan sebelumnya. dulu, keluarga, adik beradik, rakan dan guru yang amat sangat menyayanyiku namun pada tahun ini, satu hamba Allah ini telah memasuki dunia hidupku. Berkongsi pengalaman serta zaman dulu bersama-sama tanpa mengaibkan sesiapa dalam hal itu.

'CINTA BOLEH MEMBUATKAN YANG NORMAL MENJADI TIDAK NORMAL, YANG ABNORMAL MENJADI NORMAL!'

ibuku sentiasa berkata 'jangan sesekali kita lupa pada pelajaran, biarlah kita selaras dengan pelajaran!' Kata-kata ibu itu membuatkanku sentiasa berwaspada jangan sampai pelajaranku sendiri 'lingkop' tapi alhamdulillah tidak pernah sekalipun hal itu menyusahkanku malah menganggu pelajaran tidak pernah juga.

'CINTA TIDAK PERNAH BERPISAH DENGAN SETIAP MANUSIA KERANA IA BAKTERIA SEMULAJADI DALAM SISTEM IMUNISASI MANUSIA!'

dia juga sangat memahamiku orangnya bagaimana. walaupun kadang-kadang perangaiku yang seperti 'budak tadika' tapi memang itulah kenyataannya. lebih seperti budak tadika berbanding umur sebenar yang sekarang sudah 16 tahun hidup di dunia Allah yang tersergam indah ini. namun, kami sering mengingatkan antara satu sama lain. ingat-mengingati antara satu sama lain amatlah penting. itu bermakna kita sangat mengambil berat tentangnya. tetapi, jangan kita lupa pada Allah yang sentiasa bagi yang terbaik untuk umatnya.

'WIRA INGIN DICINTAI ATAS KELEMAHANYA, BUKAN KERANA KEHEBATANNYA!'

dunia yang kita duduki sekarang merupakan fasa ke-4. fasa yang dimana banyak fitnah yang akan 'lahir'. itu yang Allah sebut dalam Al-quran. kita tidak BOLEH menidakkan kerana kata-kata Allah itu benar. kita sekarang haruslah banyak-banyak melakukan amalan sunat, patuh pada suruhanNya dan berhati-hati jika ingin lakukan sesuatu. fikir dahulu apa padahnya jika kita lakukan. adakah kebaikan pada diri kita dan orang sekeliling kita? fikirkan sendiri apa yang telah kita perbuat dan kita jangan berhenti untuk memperbaikinya.

'DUNIA INI UNTUK ORANG YANG HENDAK HIDUP SAHAJA. ORANG YANG HIDUP TAPI HATINYA MATI AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN!'

mati . mati . mati . apa yang akan kita bawa di akhirat kelak kawan-kawan? adakah kita sudah cukup amalanya untuk kita semua menghadap Allah ?adakah kita sudah cukup amalan di dunia untuk kita masuk ke dalam syurga Allah yang begitu indah tidak terkata itu? jangan kita termasuk dalam golongan yang hina disisiNya. mohon dijauhkan...

'AKU TIDAK MAHU DIINGATKAN BILA AKU LAHIR,TAPI AKU MAHU DIINGATKAN YANG AKU AKAK MATI!'

ku ucapkan 'ALIGATOR' kepada dia kerana menemaniku untuk menyiapkan cerita ini walaupun dia tidak ada di sebelah tetapi biarlah dia tetap di hati.

'NAMUN SEBAGAIMANA IDEA GILA APABILA IANYA TERLAKSANA TIDAKLAH SEGILA YANG DIFIKIR SEWAKTU PERTAMA MENDENGARNYA!'




ceritaku ini hanya cerita semata-mata. dan tidaklah sesedap mana. jika kawan-kawan sudi untuk membacanya, silakan dan ku ucapkan berjuta terima kasih kepada semua yang membaca cerita ini. wassalam kawan.


 



No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !