Perkara remeh dipandang ringan



As'salamualaikum ..

Adakah kamu seorang yang suka menggigit kuku, memicit jerawat atau tidur di hadapan televisyen yang terpasang ? Sebaiknya jangan kamu ulangi lagi 'kegemaran' kamu ini. Jika tidak, kamu bakal berhadapan dengan masalah kesihatan. Memang, ini hal-hal yang kecil kita anggap remeh saja, tapi tahukah kamu ia berpotensi merosakkan kesihatan tubuh badan. Tak percaya ? Ikuti lapan fakta di bawah ini .

'Ditemani' kipas angin





Ketika berasa hangat sewaktu ingin tidur, pastinya kamu akan menghalakan kipas ke arah muka dan leher supaya tidur lebih lena. Pada hal keesokannya setelah bangun dari tidur kamu berisiko mendapat sakit kepala !

Tahukah kamu bahawa leher bersambung dengan otot, pembuluh darah dan saraf. Dan 'kawasan' ini yang membuatkan tubuh menjadi tidak selesa. Sebab itu, jika berterusan angin kipas menghala ke muka, ia menyebabkan kamu mudah berasa pening.

Untuk mengelak risiko, kamu boleh menggunakan kipas angin yang berpusing. Dengan itu angin tidak hanya mengena kepada muka tetapi juga ke serata tubuh. Paling penting letakkan kipas jauh dari posisi tubuh kamu.


Zzz + Televisyen



Sering kali kamu membiarkan televisyen terpasang ketika tidur. Ini merbahaya kerana menurut kajian yang dilakukan, 'kebiasaan' ini boleh menyebabkan kamu selalu pening, mudah berasa cemas, tertekan malah menyambung kepada penyakit kanser !

Berdasarkan kajian oleh WHO, alat-alat elektronik mengeluarkan gelombang elektromagnetik yang boleh menganggu kestabilan tubuh. Dikatakan, alat pengering rambut dan televisyen merupakan paling tinggi mengeluarkan gelombang itu. Untuk selamat, matikan semua peralatan elektrik sebelum kamu masuk tidur.


Menahan diri



Ada kalanya kamu terpaksa menahan diri dari membuang air kecil ekoran sibuk dengan kerja atau berada di tempat yang tiada tandas. Jika keadaan ini sudah menjadi kebiasaan buat kamu, itu tandanya kamu berisiko mendapat infeksi batu karang. Bahkan menurut kajian, wanita lebih cendurung berbanding lelaki kerana uretra wanita lebih pendek. Jika tidak dirawat segera, kamu bakal mendapat kerosakan ganjil !


Gosok mata



Akibat gatal atau supaya boleh melihat dengan jelas, kamu sering menggosok mata. Sedangkan tangan belum tentu bersih. Ini memberi peluang kepada bakteria membiak dan menyebabkan infeksi  mata.

Sebaiknya tangan hendaklah sentiasa bersih ketika menyentuh kawasan mata. Sekiranya sudah tidak tertahan, kamu boleh menggunakan tisu atau menggosok mata gatal atau berair. Gosok dengan lembut supaya permukaan mata tidak terluka.






Lupa sarapan



Terburu-buru atau sedang menjalani diet bukan alasan untuk elak daripada bersarapan. Tahukah kamu ? Sebelum menjalankan sebarang aktiviti kita perlu mengisi perut dengan makanan bergizi.

Otak memerlukan bahan bakar untuk bekerja iaitu glukosa dari makanan. Justeru, jangan hairan jika otak tidak dapat memberikan tumpuan semasa bekerja atau belajar.

Satu lagi alasan kenapa kamu perlu bersarapan ialah untuk mencegah kegemukan ! Dijamin, menjelang tengah hari perut pasti meronta-ronta kelaparan jika tidak 'diisi' pada waktu pagi. Akhirnya, kamu akan mengambil semua makanan yang ada.


Kuku 'vitamin'


Agak menjengkelkan jika ada di antara kamu yang suka menggigit kuku! Meskipun kamu sudah mencucinya, tapi belum tentu 100% bersih terutama di bawah bahagian kuku. Ini bermakna masih terdapat bakteria di situ dan seterusnya memudahkan bakteria berpindah ke dalam mulut.

Salah satu risiko menggigit kuku adalah terkena gangguan pencemaran. Kulit di sekitar kuku boleh tergelupas dan berdarah. Jika terkena bakteria, ia akan merah dan membengkak.


Kulit jerawat


Perpindahan bakteria juga mudah terjadi di bahagian kulit wajah. Elakkan mengutil jerawat kerana selain boleh menimbulkan keradangan, ia menyebabkan bakteria semakin bermaharajalela.


2 comments:

Lucy S. said...

thanks for the tips :D

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Assalamualaikum, eh sama-sama alynn notnot. n thnk fot the comment little girl (:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !