PMS indikasi kesuburan



As'salamualaikum,


Jika anda berasa sakit janganlah mengeluh kerana sindrom sebelum haid (PMS) ia menunjukkan seseorang sedang berovulasi. Itu bermakna seseorang itu subur. Sebelum itu, untuk pengetahuan semua saya ini tidak berapa pakar dalam hal sebegini. Tetapi bila saya mula minat membaca tentang ilmiah dan kesihatan expecially seorang perempuan yang perlu menjaga  kebersihan diri dan kesihatan dalaman. Ini serba sedikit info yang saya boleh kongsi tentang haid atau (PMS).


GANGGUAN RUTIN

Mungkin itu senario yang biasa anda hadapi atau lihat yang berlaku di tempat kerja, sekolah, kuliah di tempat awam dan sebagainya.

Kitaran haid bukanlah sesuatu yang asing dalam diri seorang wanita. Ia dikenali dengan banyak nama seperti rakan karib, bendera jepun, The Curse atau ta yee mah.

Walau apapun namanya kehadiran singkat dalam kehidupan kaum hawa setiap bulan disambut dengan pelbagai ragam dan reaksi akibat perubahan hormon sehingga ia menganggu rutin wanita.

Ada segelintir wanita pula mengeluh pada waktu haid kerana ia dianggap menganggu perjalanan hidup mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Mungkin ramai wanita tertanya-tanya kenapa kitaran haid menjadi punca ramai diantara mereka tidak suka duduk, mengurung diri, personaliti berubah, emosi di luar kawalan dan tidak kurang pula yang mengambil cuti semata-mata untuk menyambut haid yang menyakitkan ?

“HAID adalah pendarahan daripada faraj. Ia adalah perkara normal yang berlaku pada tubuh gadis yang mencapai akil baligh dan ia akan berhenti apabila seseorang itu mencecah usia 50 tahun. That means sudah 'menopos' .


 PERUBAHAN HORMON

Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan telur. Proses tersebut dikenali sebagai pengovuman. Pada waktu itu perubahan hormon berlaku bagi menyediakan rahim untuk kehamilan.

Jika pengovuman berlaku tetapi telur tidak disenyawakan lapisan di dinding rahim akan gugur melalui faraj yang dikenali sebagai haid.

“Sesetengah wanita menghadapi kejang perut atau senggugut di bawah abdomen ketika haid bermula. Ia menyebabkan aktiviti seharian mereka terganggu.Amalkan menuam abdomen bagi mengurangkan rasa sakit. “

Kesakitan yang kerap kali dialami oleh wanita sebelum atau menjelang haid ialah sindrom sebelum haid (PMS). Ia merujuk kepada simptom fizikal dan emosi.

  
ANTARA SIMPTOMNYA :
          
       
 Keletihan

 Kekejangan abdomen 

Sakit kepala

Kembung perut

Ketidakstabilan emosi

Keresahan

Kemurungan



INI ANTARA TIPS BAGI MENGAWAL (PMS) ATAU SEBELUM HAID :
       
    Makan makanan karbihdrat kompleks seperti roti bijirin penuh, pasta, bijirin, serat dan protien. Kurangkan gula dan lemak.  

  Elakkan makanan yang bergaram beberapa hari sebelum haid untuk mengurangkan perut kembung dan lebihan air dalam badan. 

  Kurangkan pengambilan kafien bagi mencegah pembengkakan dan kesakitan pada payu dara 

 Kurangkan minum minuman yang berakohol kerana ia akan menyebabkan anda murung 

 Makan enam hidangan dalam kuantiti yang kecil sehari berbanding tiga hidangan yang banyak.

 Lakukan senaman 30 minit , empat hingga enam kali sehari

 Pastikan tidur anda mencukupi .
           
      

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !