Satu hari,akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir Al-Jalani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh Abdul Qadir dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh,padahal kau amat benci kepada orang solat?"
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa??"
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
"Aku takut jika kamu terlewat untuk solat subuh,kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius," kata syaitan..
Tambah syaitan itu lagi," Kau akan bersedekah. Kay akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya,dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmuitu nanti!"
PENGAJARAN.... (!)
PENGAJARAN.... (!)
Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal..
2 comments:
assalamualaikum fatin..
this post gave me a lot of moral.
thanx ea...lain kali post benda2 mcm ni lagi tau
ya,aku ingat nenek aku pernah cakap
peringatan yang pertama datangnya dari malaikat
peringatan yang kedua datangnya dari syaitan.
Post a Comment