Ulangkaji cara berwuduk

Kemudian dia berkata: "Aku melihat Nabi saw berwuduk seperti mana wuduk aku ini, lalu baginda bersabda: "Sesiapa yang berwuduk seperti mana wuduk aku ini lalu dia solat dua rakaat tanpa menyibukkan dirinya dalam melakukan dua rakaat itu, maka Allah akan mengampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu"





|

|

 |

Berdasarkan hadis di atas dapat kita ambil beberapa pelajaran penting berkenaan amalan wuduk, iaitu :


.
|
.
|
.
|

<1>
Bekas air yang digunakan untuk berwuduk hanyalah bersaiz kecil. Dalam sebuah hadis lain diterangkan bahawa Rasulullah saw lazimnya berwuduk sebanyak satu "mud" air. (Shahih al-Bukhari,no:21) Satu "mud" air ialah air yang dapat ditakung dengan kedua-dua telapak tangan orang lelaki bersaiz sederhana yang diletakkan bersama. Ia menyamai kuantiti air sebotol air mineral bersaiz kecil (600-700ml). Para ilmuwan menyatakan satu "mud" bukanlah batas maksimum penggunaan air wuduk, tetapi menunjukkan sifat hemah penggunaan air oleh Rasulullah saw.Jumlah ini hendaklah sama-sama kita renungi dalam suasana berwuduk masa kini yang menggunakan air paip yang mengalir deras, di mana jumlahnya jauh lebih banyak dari satu "mud".


.
|
.
|
.
|

<2>
Setelah membasuh kedua-dua telapak tangan, tangan kanan dimasukkan ke dalam bekas air untuk mencedok air bagi basuhan seterusnya. Nampaknya telah berlaku percampuran air, di antara air yang tersisa di telapak tangan setelah pembasuhan dan air yang berada di dalam bekas. Ini merupakan salah satu dari sekian banyak bukti bahawa syarat air mustakmal tidak berasal dari sunnah Rasulullah saw. Air mustakmal bererti air yang telah digunakan untuk membasuh sesuatu anggota wuduk, di mana ia tidak boleh digunakan semula oleh orang yang berwuduk. Syarat air mustakmal yang masyhur diajar hanya merupakan syarat yang dibuat-buat. Ia menyukarkan amalan wuduk, membazirkan air dan tidak memiliki dalil kukuh dalam agama.


.
|
.
|
.
|

<3>
Para ilmuwan berbeza pendapat hukum memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar ketika wuduk, apakah ia sunat atau wajib? Di sebalik perbezaan ini, yang utama ialah kita memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar kerana ia merupakan sunnah yang mulia lagi menghasilkan pahala.Tidak ketinggalan, ia adalah praktik yang dapat membersihkan rongga hidung kita.


.
|
.
|
.
|

<4>
Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali merupakan jumlah maksimum. Jika dirujuk kepada hadis-hadis sahih yang lain, diterangkan bahawa Rasulullah saw pernah membasuh anggota wuduk sekali, dua kali dan tiga kali. Semuanya bergantung kepada kadar penyebaran air dan pembasuhan. Jika anggota wuduk dapat disebarkan air ke atasnya dan dibasuh dengan lengkap, maka sekali sudah mencukupi. Tidak semestinya ia dilengkapi kepada tiga kali. Jangan melebihi tiga kali kerana ia hanyalah was-was bisikan syaitan dan kezaliman ke atas diri sendiri. Rasulullah saw mengingatkan: "Inilah wuduk,sesiapa yang menambahnya maka dia berbuat keburukan, melampaui batas dan zalim". (Shahih Sunan Ibn Majah, no: 422)


.
|
.
|
.
|

<5>
Semua anggota wuduk dibasuh sekali atau dua kali atau tiga kali kecuali kepala, ia diusap hanya sekali. Para ilmuwan sekali lagi berbeza pendapat, apakah kepala diusap keseluruhannya atau cukup sebahagian atau cukup minimum tiga helai rambut? Di sebalik perbezaan ini, yang utama ialah mengusap keseluruhan kepala kerana itulah amalan Rasulullah saw . Cara mengusap ialah menggunakan ruang di antara ibu jari dan jari telunjuk, basahkannya dan usap kepala dari hadapan ke belakang, dari belakang ke hadapan semula.

Ketahuilah bahawa telinga termasuk sebahagian dari kepala,maka setelah mengusap dari belakang ke hadapan, kedua-dua jari tangan kanan dan kiri terus mengusap telinga kanan dan kiri.Tidak perlu menciduk air atau membasahkan tangan semula.

Bagi para Muslimat yang memakai tudung dan memiliki kesukaran untuk membuka dan memakainya kembali,Islam memberi kemudahan untuk mereka mengusap di atas tudung sahaja.Mereka tidak perlu membukanya untuk mengusap rambut seperti mana di . (Shahih Fiqh al-Sunnah,jld.1,ms.238-239)


.
|
.
|
.
|

<6>
Selesai berwuduk sebagaimana Rasulullah berwuduk, dianjurkan mendirikan solat sunat dua rakaat. Solat ini memiliki ganjaran yang besar kerana ia menghapuskan semua dosa-dosa yang telah lalu. Selain itu, Rasulullah saw juga pernah mendengar bunyi kasut tukang azannya-Bilal- di dalam syurga, lalu ditanya kepada Bilal apakah amalan khusus yang dilakukanya? Bilal menerangkan bahawa beliau mendirikan solat sunat selepas wuduk hampir setiap kali selepas berwuduk. (Shahih al-Bukhari,no:1149)

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !