Dulu-Dulu

....wah wah...

terasa macam nak :

(1) senyum

(3) senyap

(4) tidur

(5) makan

(6) minum

(7) baca komik

(8) nak taip sesuatulah :)

* hari-hari aku buat mengikut senarai kat atas itu. bagus kot :)


http://www.emocutez.com

hidup aku seperti biasa. macam remaja perempuan yang  lain juga. suka berkawan dan nak memiliki ramai kawan tidak kira apa jenis kaum sekalipun. Kata PM kita 1 MALAYSIA!!!

_____________

-

-

As'salamualaikum , dulu aku seorang budak perempuan yang bukan pendek tetapi rendah ok. tak apalah. aku akan kongsikan cerita lamaku untuk kawan-kawan. aku dulu tinggal di kajang. tempat lama ibu dan ayahku tinggal. tempat itulah kedua orang tuaku tinggal sejak bujang lagi. depan-depan sahaja rumahnya. lagipun rumah flat. hehe, dah jodoh tidak kemana kan. banyak kenangan pahit,manis,masam,tawar dan semua jenis perasalah. nak perasa mana? letak jelah apa-apa kan

aku memiliki ramai kawan perempuan tetapi hanya seorang kawan lelaki yang paling aku rapat. mana taknya, mak dia lah yang jagakan aku masa masih kecik lagi. kami dulu suka main kejar-kejar dari tingkat 5 flat boleh dengar tapak kaki berlari. wahwa. nakalah katakan. masih kecik tak apakan kan?

sebelum aku sekolah kemas dahulu, aku dimasukkan ke dalam sekolah yang ramai china. sekolah china lah itu! susah sangat lah nak bagi tahu. haha.pada awalnya memang best sampai menangis nak balik rumah!! tunggu je ayah kat pagar sekolah itu sampai ayah jemput ambil balik. dalam hati rasa nak panjat je pintu pagar itu. tapi tak bolehlah. susah sebab pakai skirt.http://www.emocutez.com  hehe.


lepas setahun sekolah china beralih pula ke sekolah melayu iaitu kemas. macam-macam drama ada ketika aku sekolah di kemas dahulu. aku jadi pengapitlah, main kolam ikan, kejar tikuslah, letak lipas kat baju kawanlah,berdiri atas mejalah. hehe macam-macam ada. dari ramai-ramai kawan aku kat situ cuma ada seorang aja yang lain dari kami semua. dia seorang murid lelaki yang agak kurang sihat tetapi dia baik sangat. aku suka juga berkawan dengan dia. pada suatu hari ini, masa itu waktu hujan. kolam air kat depan tadika dah bertakung dengan air yang banyak. tanpa disangka-sangka dia terus masuk ke dalam kolam itu dan mandi. hehe..dia memang kawan yang baik :) cikgu pun terus panggil dia dan keringkan badannya yang lecus basahnya. kami hanya sekadar memandang saja. kalau nak tahu,waktu aku tamatkan pelajaran di sekolah tadika aku dipakaikan baju macam orang nak ambil ijazah. macam je..hehe..senyum!! klik!! dah siap gambar. cikgu pulak suruh pakai gincu yang merah menyala itu. dah lah muka aku hitam legam nak pakai yang berwarna merah pulak. dah macam badutlah. tapi budak-budak dulukan, ikut aja kata cikgu.
http://www.emocutez.com * budak baik


setelah tamat sekolah tadika aku disekolahkan di sekolah rendah taman jasmine,kajang. sekarang ini sekolah aku itu dah ada taman permainan. dulu tak ada pun sekarang ada pulak. jealous! aku menaiki kereta seorang untie yang juga penghantar  budak sekolah. tapi pernah terjadi suatu ketika aku duduk di bahagian depan. disebabkan untie nak cepat. aku terpaksa duduk disebelah seorang budak lelaki yang  agak  gempal badannya. aku yang berbadan kurus kering itu bertambah kering ketika untie buat selekoh yang tajam. tetapi tanpa disedari pintu kereta yang berada di depan itu, tak di kunci. tiba-tiba aku perasan budak itu dah terjatuh keluar jalan kerana pintu itu tidak tertutup dengan rapat. seramnya..nasib baiklah tak ada apa-apa yang terjadi dekat budak lelaki itu. cuma luka ringan di siku saja. wahwah.http://www.emocutez.com  kalau aku duduk tepi pintu kereta itu, nahaslah jawabnya 



ada suatu hari ni, time itu sambutan hari guru. pengawa-pengawas sekolah yang 'berwibawa' ini diminta membantu dalam menyempurnakan hari tersebut. jasa guru ini, tidak akan pernah lupa sampai di dalam kubur sekalipun. jadi, hargailah guru anda. kami semua diberi masa untuk berada di tingkat dua sekolah yang bertentangan dengan tiang bendera ataupun tapak perhimpunan yang sebesar  padang itu. setiap seorang diberi belon. nak buat pe? tiuplah...adoiii...tak kan nak kempiskan pulak...cikgu akan berikan arahan setelah selesai kami meniup belon itu sehingga menjadi besar. selesai sambutan hari guru diucapkan, kami terus meletupkan setiap belon di tangan kami dengan jarum yang telah diberikan. semua yang hadir  terkejut macam nak terkeluar jantung! hehe. mereka tak sedar kalau kami semua menyorok macam pengintip peribadi kat belakang mereka. alangkah best sekali masa itu. eheh



ada suatu hari ini, saudara atuk dan nenek datang ke rumah. waktu itu, aku tak pergi sekolah. bukan malas tau tapi kurang rajin. haha. ada seorang perempuan ni, mungkin umurnya sebaya aku kot. tak bertanya pulak. tak sempatlah. hehe. aku nak berkawan dengan dia. bila aku nak bercakap dengan dia, matanya di toleh ke lain. macam tak nak kawan aku je. tapi aku tak marahpun. aku masuk bilik dan tidur lagi baguskan. hehe. kalau nak tahu, waktu aku bagun dari tidur dia ada di dalam bilik bersama nenek. dia pukul aku pakai sikat. sakitnya. tiba-tiba je dia nak pukul aku. wahwah. aku tak suka hari itu. rasa nak balik je rumah. nak balik jugak!!! http://www.emocutez.com mana ibu ini tak ambil-ambil aku lagi. ehm...    hari malang bagiku asyik dibuli oleh dia je. tapi tak apalah lagipun dia bukan macam manusia normal tetapi ia istimewa sekali. aku faham keadaan dia seperti itu tetapi air mata ni tak berhenti menangis nak balik je...budak kecillah katakan. memang suka nangis je..faham-fahamlah ye.


darjah empat aku sekolah di sekolah kebangsaan bandar rinching. jadi pengawas lagi. hehe. keturunan pengawas lah kot.. hari pertama aku tak pergi ke sekolah. kerana..atuk kesayanganku di kampung atau ayah kepada ayahku sudah meninggalkan kami semua. sedih membuak-buak. hidup arwah atuk, setengahnya dalam keadaan yang sakit. lumpuh kakinya dan suaranya sudah tidak didengar lagi akibat jatuh. kaki atuk sukar untuk diluruskan kerana ketika masih hidup lagi kaki arwah atuk tak boleh diluruskan. sedihnya, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang baik-baik aja. Amin...



setelah selesai semuanya, aku pergi ke sekolah ku yang buat pertama kalinya di sekolah baru. teruja sangat. tapi apa yang jadi. aku duduk dekat belakang sekali. macam terpinggir je aku ni. semua tempat duduk murid-murid lain dah duduk siap ada letak nama masing-masing lagi. aku duduk seorang diri seperti orang bisu. tak lama kemudian, aku mendapat kawan. gembira!!!!! ada juga yang ingin berkawan dengan aku.



setelah beberapa tahun berada di sekolah itu macam-macam terjadi dekat aku. dramalah katakan. kena dendalah, kena langgar dengan orang sampai kain sekolah koyaklah, kena cubit dengan cikgu sebab lupa bawa buku latihanlah...normalkan..hehe..waktu aku kena langgar, sampai sekarang aku masih trauma lagi. ehm, seramnya bila ada orang main kejar-kejar atau berlari berhampiran dengan aku. kejadian itu ketika aku di  tapak perhimpunan. biasalah budak-budakkan suka sangat main kejar-kejar sampai tak nampak kawan ada dekat depan. murid-murid lelaki terutamanya apatahlagi badan-badannya agak gempal. kesiannya, aku kene hempap dengan dia orang sampai aku terseret dekat tapak perhimpunan itu. disebabkan permukaan yang kasar, kain sekolahku koyak dan aku luka banyak. nangis...wahwahhttp://www.emocutez.com  terus mintak tolong cikgu suruh ubatkan luka dan darah yang tidak berhenti mengalir tu. sakit teramat sangat. TRAUMA...



sekarang aku sekolah di sekolah bandar rinching juga tapi tambah 'menengah kebangsaan' lepas ayat 'sekolah'. hehe. jadilah ayat 'sekolah menengah kebangsaan bandar rinching'. pandai kan.!!!! sekarang aku senang di sini. setiap yang terjadi padaku akanku ingat sampai bila-bila. mungkin lepas ini, aku tidak akan pernah rasa pengalaman yang best dan seronok macam ini. hehe.

 
semoga kawan-kawan enjoy baca ye. maaflah kalau ayat aku ada kasar sedikit. maklumlah, murid baru nak belajar buat karangan macam ni . bagilah peluang ya..


SEKARANG DAH BESAR (:




No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !