Pada hari ini (!)






tanggal 12/11/2010

dari pagi hingga ke petang

dari sekolah ke rumah

dari rumah ke tesco

dari bilik ke ruang tamu

dari kereta masuklah rumah

dari sini aku mulakan ceritaku..ok :)

-

SUSPEN...

-

sebelum itu, salam dulu. assalamualaikum

*START NOW*

As'salamualaikum , setiap hari aku akan bangun pagi untuk menunaikan solat sunatku seperti biasa. solat sunat tahajud ataupun solat sunat yang lain. amalan solat sunat ini membantu kita menghapuskan lagi dosa-dosa kita. InsyaAllah Allah terima ibadat kita jika kita lakukan dengan ikhlas dan niat kerana-Nya. sebelum tidur aku akan kunci jam pada handphone mahal murahku itu. jenama biasa je "sony ericsson". hehe. selalunya aku akan kuncikan jam pada pukul 4.45 pagi dan lazimnya aku akan bagun pukul 5.00 atau lebih sebab itu aku set jam awal-awal. hehe. dah terbagun dari tidur, aku terus mulakan kerja aku. pagi-pagi pun ada kerja tahu! kejutkan orang bangun solat sama-sama. susah jugak nak  kejutkan orang yang tidur mati ini. susah..susah..tapi nasib baik bangun kalau tak habis basah baju dia kena simbah dengan air.. hehe.. jangan marah ya ****** .


lepas bangun itu, aku akan terus ambil wuduk dan tunaikan solat sunatku. dengan tenangnya, aku khusyuk dalam solatku. tiada sebarang gangguan. kadang-kadang ada bunyi katak tapi waktu hujan jelah. waktu lain anjing liar yang banyak. menyalak tak tentu pasal. adoii.sekitar jam 5.30 atau hampir-hampir pada pukul 6.00 pagi, kerjaku seperti biasa ialah menggosok baju. baju aku, ayah wajiblah. kadang-kadang kalau hati baik gosokkan baju adik sekali. hehe.dah selesai semuanya aku terus berangkat ke sekolah dengan menaiki motor ayah. sebelum itu cium dan salam ibu, adik danish dan dan angah. dah sampai sekolah barulah salam ayah. tapi pagi tadi hujan lebat so kenalah naik kereta. bodek ayah sikit suruh naik kereta sebab ayah nak naik motor hujan-hujan ni, bahayalah!! dah sampai sekolah, aku terus meluru masuk ikut pintu kecil dan pergi ke kantin sekolah. selalunya tempat itulah kami semua duduk jika hujan.


sebenarnya hari ini, ada senamrobik. poco-poco pun ada. haha. penatlah!  http://www.emocutez.com  dah lama tak panaskan badan. muda lagi tapi badan tak larat macam orang yang dah tua. apelah. poco-poco memang susah nak ikut tapi lama-lama oklah jugak. belum cuba belum tahukan. lama-lama boleh tahanlah. habis je tarian semua meluru ke arah kipas yang sebesar alam itu, macam tak pernah tengok kipas tapi disebabkan panas dan berpeluh tak endahkan semua itu termasuk aku sendiri. hehe. hari ini langsung tak belajar. seronok sikitlah sebab boringlah jugak. dengar kawan berbual je sambil aku baca novel yang ada di atas meja kawanku. tak minat novel sangat tapi minat sangat dengan komik (gempak starz) :). 


sebenarnya hari ini aku ingat nak puasa dan tak nak datang sekolah tapi aku datang jugak akhirnya. hari lain pulak aku puasa. T_T time rehat aku lupa bawak duit tapi sebenarnya buat-buat lupa je. sebab malaslah nak makan. nanti balik rumah makan jugak. lagi sedap ibu masak ayam kari. hehe. tapi ada duit spare cuma bila turun bawah terlupa bawak pulak. aduh...dah satu masalah. kawan baik aku pulak nak belanja, tapi aku kata "tak pelah". tapi dia berdegil nak jugak belanja aku makan. rezeki jangan ditolakkan. aku ucapkan terima kasih kat dia. my best friends ever 'anak encik mainor' :) lepas itu makan kek! dahlah aku ni gila 'tengok' kek apa lagi sebut pasal 'makan' kek. habislah jawabnya. hehe. sedap jugak buatan "secret recipie". ada kelaslah gitu! sekali satu sudu aku kaut krim kek itu. sedap teramat. aku ni kuat makan tapi berat tak naik-naik. peliklah mungkin sebab sistem metabolisme aku tinggi http://www.emocutez.com


akhirnya aku selamat sampai ke rumah dengan selamat. lepas balik, terus bukak kasut dan masuk bilik. dah siap semuanya turun bawah dan makan. lepas itu solat zuhur. malam itu, aku dah mintak izin ibu untuk tanya ayah samada boleh hantarkan aku ke tesco atau tidak? tapi ayah balik lambat sikit hari ini. selalunya hari jumaat ada game badminton dekat dewan sekolah bandar rinching sana. nasib baik hari ini tak ada. bolehlah aku beli barang yang aku nak kat tesco dengan ayah. berdua je. romantikan..hehe..jangan jealous ye!  dah beli barang yang aku nak teruslah balik. ibu dengan adik yang lain tak ikut sebab hari ini farah ada buat persembahan dekat sekolah agamanya sekali penyampaian hadiah. ibu wakil hadir hari ini. tinggal aku berdua dengan ayah. lepas ayah kata " siap akak". aku pun jawab " dah nak pergi ye,? oklah akak siap" sambil aku tersenyum sinis. sampai di tesco aku dah jumpa barang yang aku nak. iaitu ( tak boleh bagi tahu)  http://www.emocutez.com!


sampai di rumahnya aku terus menjerit. ayah!!!! tengok ni cepat. cepat ayah!!! ayahku pun terkejut terus menghampiri aku. rupa-rupanya paip singki terbuka dan banjir sudah rumahku. wahwah. dahlah masa itu basuh baju, habis basah lantai. akulah kena marah dengan ayah. wahwah. ayah terus suruh aku ambilkan mop dekat luar rumah. ayah yang bersihkan bukan aku. hehe. rajinya ayah. suami mithali katakan. itulah ceritanya. tak panjang manapun. harap seronok ye semua.



No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !