Perjuangan





Salam 1 Malaysia.

Bertemu lagi aku bersama kawan-kawan untuk menceritakan apa-apa sahaja kisah yang pernah terjadi kepada diri sendiri ataupun mengenai keadaan ekonomi serta peradaban kita pada masyarakat sekarang. Sebenarnya, aku ingin menyelitkan sedikit tentang peradaban daripada semua kaum tidak kira Melayu, India, Cina atan sebagainya. Aku sering melihat masyarakat sekarang seperti sudah tidak tahu menggunakan ayat serta perkataan yang sopan namun sebaliknya. Setahu ku, setiap guru di dunia ini tidak akan mengajar anak muridnya sendiri untuk menggunakan bahasa serta perkataan yang kotor atau erti kata lain tidak sopan didengar oleh orang di sekeliling mereka. Budaya mahupun trend ini sudah menjadi ikutan terutamanya golongan remaja masa kini. Apabila ahli keluarga mereka menggunakan bahasa atau ayat yang kasar, maka perkara yang sama akan berulang oleh ahli keluarga yang lain dan itu merupapakan contoh yang tidak baik dilakukan khususnya bagi golongan tua yang merupakan rollmodel bagi anak-anak mereka. Jika mereka sendiri tidak memiliki sifat serta pewartakan yang baik, sudah tentu keturunannya akan terikut sama. Jadi penggunaan bahasa yang betul haruslah di titik beratkan kerana budi bahasa itu budaya kita. Tanpa bahasa orang asing akan menganggap kita orang yang tiada budaya hidup walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan. Janganlah kita dianggap sebagai "anjing " lagi yang disebut oleh Tentera Komunis kepada tentera-tentera kita yang berjuang bermati-matian untuk menengakkan tanah air kita dari di jajah oleh mereka yang tidak berhati perut itu. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan jaminan keselamatan yang diberikan untuk kita. Kita pula haruslah menggunakannya dengan sebaik mungkin. Insyallah dengan sokongan, usaha serta doa dan yang paling penting izinNya kita, rakyat Malaysia dapat mengekalkan tanah air kita dari dijajah oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan seperti zaman-zaman terdahulu. Aku harap agar jasa mereka tidak akan pernah mati dalam otak fikiran seluruh rakyat Malaysia kerana tanpa mereka, kita tidak akan hidup aman seperti apa yang kita alami serta merasai sekarang. Terima kasih wahai pejuang-pejuang terdahulu. Kami rakyat Malaysia senantiasa mengingati jasa baikmu. Akhir kalam, aku ingin mengundurkan diri dan semoga kita dapat bertemu lagi di lain cerita yang lebih bagus dari sebelum-sebelum ini. AMIN





No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !