Pagi yang indah lagi permai ini yang telah dicipta oleh Allah Maha Kuasa, telah memanjangkan lagi umur semua makhlukNya di semesta alam ini. Dia telah menjanjikan balasan syurga dan neraka di akhirat kelak dan itulah yang akan berlaku di akhir dunia nanti. Seluruh ciptaannya akan menjadi hancur berkecai dengan sungguh dasyatnya. Memang inilah janjiNya dan Allah itu Maha mengotakan janjiNya. Jika perkara itu telah ditetapkan olehNya,tidak ada yang mustahil akan berlaku dan itu sudah nescaya akan berlaku walaupun tidak mahu terjadi. Intihanya di sini, janganlah kawan terpesong atau memasuki lorong yang salah kerana padahnya akan membawa sejuta kegagalan diibaratkan seorang manusia yang berjalan di lorong-lorong yang gelap,sunyi dan jarang sekali manusia lain melaluinya kerana manusia-manusia ini tahu apa akibat jika mereka melalui jalan itu, pasti akan berlaku sesuatu di luar dugaan kawan kerana takdir sudah tertulis oleh Allah. Perkara-perkara seperti ini dijadikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. Jadi kita janganlah berhenti dari memohon ampun agar di jauhkan diri daripada malapetaka yang tidak mahu di ingini berlaku mahupun terjadi kepada diri kawan. Setiap perkara mahupun sekecil zarah benda itu sekali,terdapat kebaikan-kebaikan yang kita mungkin tidak dapat melihat dengan mata kasar tetapi setidak-tidaknya memahiminya dengan hati seterusnya minda yang terbuka dan luas IQ nya pasti sekecil zarah sekalipun benda itu, pasti ada sebab yang nescaya munasabah yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Dia Maha Bijaksana.Konklusinya, ku ingin memohon maaf jika ada ayat-ayat yang sudah menguriskan hati kawan-kawan kerana segala yang buruk datang dari ku dan baik itu datang dari Allah S.W.T.Insyallah ku akan berjumpa lagi dengan kawan-kawan di lain tajuk dan kisah yang ingin dikongsikan oleh semua .INSYALLAH
No comments:
Post a Comment