Jauhi Nafsu







Alhamdulillah. sudah pertengahan bulan kita berpuasa dengan jayanya. insyaAllah.
dengan izinNya kita dapat bersama-sama melakukan solat sunat tarawih berjemaah setiap malam dengan niat ikhlas kerana Allah dan ingin mendapat keredhaanNya.



Buka puasa Pictures, Images and Photos








bazar ramadhan juga ada di merata-rata tempat. berbagai aneka makanan yang dijual di situ. kuih muih yang berbagai corak dan bentuk. air pula berbagai warna selalu menjadikan manusia tidak berhati-hati kerana telah terpengaruh dengan 'GODAAN'. makanan-makanan ingin memangil-manggil suruh membelinya . ini semua merupakan sifat 'NAFSU' yang selalu ditipu oleh manusia terutama ketika bulan Ramadhan.




sifat nafsu yang membuak-buak dalam diri itu haruslah dikikis dengan cepat agar penyebaran tidak berlaku. generasi akan datang juga tidak akan mencontohi sifat NAFSU ini kerana sifat ini merupakan salah satu sifat yang tidak disukai Allah. sifat ini juga boleh menjadikan diri kita sendiri mangsa keadaan jadi berhati-hati. fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.


elaklah dari pembaziran Pictures, Images and Photos






seperti contoh ketika bulan Ramadhan ini. sifat nafsu yang sangat jelas ialah ketika manusia beramai-ramai membeli juadah untuk berbuka puasa. banyak lauk-pauk yang dibeli. membeli tanpa mengikut keperluan tetapi membeli mengikut nafsu sendiri. ini menyebabkan pembaziran yang banyak. jadi,janganlah kita sesekali membazir kerana itu adalah amalam syaitan dan ditegah oleh Allah.

,.,.,. Pictures, Images and Photos




kita seharusnya perlu bersyukur berbanding dengan orang lain yang tidak dapat makan,minum dan juga tempat tinggal. mereka merana kerana keperluan hidup sendiri tidak mencukupi apatahlagi keperluan yang lain. betapa tabahnya mereka ini kerana masih boleh bertahan dalam keadaan seperti itu walaupun keperluan yang utama tidak ada namun kehidupan harus diteruskan. walaupun mereka ini tidak memiliki tetapi kita semua lebih dari itu namun apa yang dapat dilihat sekarang ini. PEMBAZIRAN !
tidak pernah untuk menghargai dan berjimat dengan apa yang ada selama ini.

jauhilah PEMBAZIRAN ..

2 comments:

Anonymous said...

*nafsu paling ditakuti nafsu syahwat ! moga kita jauh dari penyakit ini !

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua .


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !