Kelantan

Assalamualaikum

Hai semua , apa khabar . Dah lama kan saya tak tulis apa-apa dekat blog , apalagi nak bukak sebab itu agak jauh terpinggir lama . Sebenarnya teringin sangat nak menulis balik . Mungkin tabiat nak menaip semakin seronok nampaknya --'. Kalau menulis mesti sebab nak cerita sesuatu yang bagi kita menarik untuk dikongsi .

Nak tahu ? Saya pergi Kelantan hari tu .
Buat apa ? Bertanding Silat Cekak Hanafi .
Berapa hari ? Dalam 3 hari 2 malam . Tak ingat . Maaf .
Best tak ? Jawapan mestilah !

HAHA . Agak tetiba hendak buat ayat di atas . Harap faham lah sendiri . Ini kali pertama pergi Kelantan , paling jauh pun Perlis (tempat belajar) memanglah --' . Agak jauh juga Kelantan dari Perlis . Hampir penuh 1 bas ikut ke Kelantan . Waja diri di Kelantan adalah pengalaman seronok sebab pertama kali , ahli baru Silat Cekak Hanafi , pergi dengan skuad , kawan-kawan , dapat tengok suasana di Kelantan , pasar malam ,  baju-baju , Pasar Siti Khadijah , makanan .

HEHE . Nasib baik Anies teman saya sekali nak pergi walau kami tak sertai kerana hanya yang terpilih dapat masuk pertandingan . Banyak tempat yang terpilih , Sabah , jauh-jauh pun ada . Bukan sahaja peringkat Universiti tapi bangku sekolah juga . Pertandingan bukan sahaja main kayu , dah sampai ke parang . Be careful and behave ourself sudah .

HAH . Sebelum hendak pergi sebetulnya banyak juga dugaan tapi berkat ALLAH , kami dari UiTM Arau Perlis menang 2 Anugerah . Alhamdulillah . Tapi ! Kesuluruhan dari Johor . Lagi-lagi memang silat disitu tempat kelahiran silat . Afifi sebagai Presiden baru agak kalut juga , terkejar sana sini nak sponsor duit , atau sumber lain . Alhamdulillah semakin berjalan lancar . Aktiviti yang ditetapkan pun berjalan seperti dirancang .

HUUM . Jumpa kawan sekolah menengah , Qas pun masuk bertanding . Menang juga ! Lama tak jumpa , tiba-tiba jumpa dari Selangor ke Kelantan jumpa . Memang jodoh kamilah nampaknya . Qas kawan saya sejak sekolah rendah lagi . Dia pengawas sekolah , pandai dan akan menyambungkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi . Semoga berjaya Qas kami doakan . Amin .

NANTI . Silat seterusnya di Sabah . Siapa tak nak pergi . Nak nak ! Tak tahu macam mana nak pergi juga !







3 comments:

Aqilah sani said...

Assalamualaikum. Hoaaaa. Dia sudah pandai silat . Ajar Qila, ajar Qila!. hik3

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Waalaikumussalam
aqilah In Syaa ALLAH boleh tapi qas lagi boleh (:

mychickenfloss said...

Assalamualaikum ya ukhti, seronok nya dapat berjalan2. sy pun dah lama tak ke kelantan. Mungkin someday kena jejak lagi ke sana.:)


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !