Assalamualaikum
Hati tempat letaknya niat dan setiap pekara bermula daripada niat . Walaupun kita berniat nak melakukan pekara yang baik , tak semestinya kita dapat melaksanakannya jika hati tidak benar benar ikhlas kerana ALLAH swt .
Dalam proses hendak melaksanakan sesuatu pekara selepas niat ialah jangan tangguh kerana apabila mulanya bertangguh , hati kita akan mula digangu oleh syaitan yang sentiasa tidak pernah jemu menghasut kita supaya kufur kepada ALLAH swt dengan mengajak kita supaya mengengkari amanah yang kita telah niatkan .
Jika kita melayan hasutan syaitan tanpa kita sedari sebenarnya kita lah yang menghijab hati kita sendiri daripada lebih dekat kepada ALLAH swt .
Pada mulanya kita ikut sedikit demi sedikit hasutan syaitan supaya kita mengengkari perintah ALLAH dan RASUL S.A.W dan kemudian kita rasa menyesal kerana tidak melaksanakan amanah yang telah diniatkan .
Kita bertekad akan mengekang sungguh sungguh nafsu umarah kita mula ada semangat tetapi hanya untuk beberapa hari sahaja kemudian kita akan mengikuti semula hasutan syaitan .
Begitulah tipudaya syaitan dalam kehidupan kita seharian tetapi jika kita selalu mendahulukan dan selaraskan kehendak ALLAH dan RASUL S.A.W di dalam kehidupan seharian kita . InsyaALLAH kita akan ada kekuatan untuk mengekang bisikan syaitan .
Jadi marilah sama sama kita perbanyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas . Semoga kita diberi kekuatan dapat sentiasa mendahulukan kehendak ALLAH dan RASUL S.A.W di dalam kehidupan seharian dan dapat semampu yang mungkin sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH swt dan RASUL S.A.W .
Wallahhualam
InsyaALLAH
Sumber : mencariygbenar
No comments:
Post a Comment