What you give , you get back

As'salamualaikum , 

Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus . Tikus yang bermaharajalela ingin dperanginya . 

Namun sebaik sahaja tiba di rumah , tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpannya . Sangkanya umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun . 

Disebabkan terlupa membeli keju , maka dia beralih pada pelan B . Dicarinya majalah-majalah lama . Setelah menemui apa yang dicari , lelaki tersebut menggunting sekeping gambar keju . Fikirnya , itu idea yang bernas pasti tikus itu terperangkap nanti . Apa lagi , dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut . 

Keesokan harinya , lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya . Ya , berhasil ! Seekor tikus berjaya diperangkapnya . Tetapi , ia hanyalah gambar seekot tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju . 




Pengajaran ; 

Jika mahukan hasil yang lumayan , maka usaha juga harus berganda  .
Jika sekadar melaburkan usaha yang ala kadar , maka hasilnya juga ala kadar .


Sumber : Majalah Solusi isu ni 42 m/s 120

No comments:


JAZAKALLAHU KHAIRA , SEMOGA BERMANAFAAT !